20090429

5 Minit yang Indah.


Masa aku nampak muka kau, aku terdiam sambil nganga 3-4 minit. aku suka tengok muka kau yang gebu dan rambut pendek kau yang comel berwarna merah jambu dan sedikit kusut di belakang. aku tak kisah kau ada dua bintik apa benda tah kat dada kau tapi kau tetap comel. tak, aku tak pandang buahdada kau.

cara kau bergaya sangat comel dan kau trim tempat tu. aku suka. bersih dan comel. dah lama aku cari muka macam kau. aku cuba cari kat pavilion, time square, sg. wang, klcc, one utama, curve, kadir. tapi kebanyakan yang aku jumpa kebanyakan seluar cekang, pakai tshirt polo/hackett downtown, pakai sayap, rambut highlight pelik2, make-up 3 guni, gantung slr kat leher, kemeja kotak2, dan pegang tangan dgn boyfriend. takde sorang pun yang muka dekat2 dengan kau.

dan sekarang aku dah jumpa kau, aku tak nak lepaskan kau. kau kata kau suka rambut aku, sebab tu aku simpan panjang2. kau tak nak rambut aku rosak, sanggup aku habis duit beli topi macam pekerja mcd. kau suka aku pakai tshirt, aku ada koleksi tshirt lagi banyak dari downtown cheras. kau tak suka aku pakai jeans, aku beli seluar cotton/khakis. kau minat kasut aku, oleh itu aku ada tiga kasut yang ada smiley so boleh la kasut tu senyum kat kau. kau tak suka aku banyak duit, sebab nanti kau jatuh hati kat poket aku. kau kata dada aku wangi, sebab itu aku tak pakai perfume. kau kedekut tisu, sebab kau suka pegang tangan aku yang berpeluh ni. kau suruh aku hisap rokok marlboro sebab kau suka warna merah. kecoh, rokok saat pun merah.

aku sanggup buat semua tu sebab kesukaan & kebencian kau. sebab aku suka tengok muka kau. gebu dan comel nak mati sgt. aku boleh menangis dengan hanya pandang gambar ni selama 5 minit. tapi kau sangat comel.
dulu rambut kau hitam. tapi sekarang dah tukar merah jambu. muka kau pun dah makin comel. masa kecil2 dulu aku suka kat kau dan aku pernah cakap nak kahwin dengan kau. tapi mak bapak kau tak suka sebab aku tak pakai seluar masa tu. tapi aku tak kisah. aku tak ambil hati. aku tau kau sayangkan aku. tapi aku buat2 jual mahal, sebab aku tak suka tengok kau tak pakai seluar. aku suka tengok kau tak pakai baju.

sekarang kau dah glamor. kau dah cantik dan comel. dah buat photoshooting di merata2. lebih tepat lagi kau dah jadi model. aku rasa tersisih. tapi aku yakin kau sayang aku lagi. kan?

sekarang aku ada gambar kau. aku nak tenung 5 minit lepas tu nangis. sebab kau comel nak mati. terima kasih sebab buat aku senyum, si comel binti sangat.


lihat, kami sepadan bersama =]
heeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee




p/s : aku tak kenal perempuan dalam gambar ni. aku jumpa gambar ni kat internet. tapi comel, kan?


ya, aku memang perasan. tak salah, kan. kalau korang rasa salah, sila tutup window ni dan gigit tengkuk sendiri. trmksh =]

20090424

Guli geli.

abg : dik, kok bat.
adik : tinggal satu la. nanti aku nak hisap apa?
abg : kau amik tujuh ringgit kat wallet aku, pergi beli rokok baru. yang tinggal satu ni bagi aku.

Maka berjalan la aku ke bilik sambil meraba beg duit abang aku dia atas meja kecik sebelah katil. dapat rm7, buka kunci mangga, sarung selipar, jalan pergi kedai. dalam perjalanan, aku nampak ada makcik ni dengan 2 orang anak dia. makcik ni sedang bergayut. anak dia sedang beromen. takde la. suka korang, an? anak dia sedang berlarilari. aku jalan je sebab nak beli rokok cepatcepat. dah beli rokok, nyala sebat, jalan balik. lalu depan makcik yg bergayut tadi lagi.

anak : mak, aku jumpa guli. besar tau. hahaha.
mak : jangan kacau. main jauhjauh.
anak : tengok la ni mak, aku jumpa guli. tengok la!

SELEPEKK!!

budak jumpa guli tapi kena cepuk dengan mak dia.
cuba korang teka, kenapa budak tu kena cepuk?

a. kurang ajar dengan mak dia sebab bahasakan diri dia "aku"
b. kacau mak dia bergayut
c. tak kongsi guli tu dengan beradik dia
d. mak dia memang tak suka guli












tanduk dinding, fikir..












cakar blackboard, fikir..












gigit terompah, fikir..












jawapan korang salah.










sebab guli tu sebenarnya tahi anjing.

bart sorang betul.