20090217

Kedai runcit.

"setinggi-tinggi kerhormatan buat kawankawan yang masih ada bersuara dan perasan kewujudan aku."

bila semua nampak gah dan gebang di mata si kawan, ya, diri rasa seakan yasser arafat. menjadi tarikan dan hidangan kebosanan kawan yang selalunya nampak rapat dan caring di keliling. bila kau dah tak berguna, habis keseronokan atau jarang lepak, kau akan jadi tahi yang kering dan semakin di lupakan. tapi kawankawan yang betul maksudnya 'kawan', tak menganggap diri kau sedemikian. mereka sentiasa pau rokok dan membahan depandepan. perkara buruk tetapi istimewa bagi aku. mereka lah perdana menteri dalam hidup aku. ya, post ini mungkin berbunyi pondan atau homo, tapi aku nak guna ayat apa lagi. kalau aku nak hidup dalam dunia ni dengan mereka-mereka yang aku anggap hebat ini, boleh tak? kerana aku dah bosan dengan parasit yang tak guna.

nama mereka, parasit.
mereka ada dalam episodepisod bersiri ultraman.

mereka suka bermukamuka, cakap belakang, dan paling ultimate, akan teringatkan korang masa korang ni calon paling sesuai sebagai penyelesaian masalah diorang atau kegunaan korang yang pelbagai. begini cara mereka huha.

parasit : hello? wehh, lama tak dengar cerita. kau kat mana, shial?
sipolan : oh, kau. aku kat
pokpekpokpek. tgh pokpekpokpek. kau kat mana ni?
parasit : aku kat tempat biasa la. weh, kau busy tak?
aku macam nak mintak tolong kau la.
sipolan : kau nak aku tolong apa. aku takde kereta. duit tak banyak.
parasit : bukan la. aku nak kau buatkan pokpekpokpek.
aku dah tanya kawan aku semua, diorang boleh buat sikit je.
kau kan pandai. tak kan tak boleh tolong kawan kot? hehehe.
sipolan : boleh. tak kisah la, kawankawan. tapi aku tak janji la, sebab aku sibuk sikit.
parasit : alah kau ni, kawan minta tolong pun tak boleh.
bukan susah pun. kalau kau nak berkira, aku boleh bayar la.
cilaka punya kawan. poyo. sombong. ptuih!
sipolan : bukan macam tu..er..hello? hello? babi tak cakap bye!
(dramatasi)

ya, terma 'kawan' digunakan sebagai salah satu sebab nak berang atau memulakan cilaka. pastinya perbualan sepertinya selalu di dengar dan setengah dari korang yang saitan sepertiku mungkin selalu. bukan lah susah kalau permintaan yang searus dengan kesukaan kita diberi perkhidmatankan kepada mereka yang tak faham terma 'kawan'. apa yang mereka harapkan, mereka tuntut sampai korang murtad. kalau tak dapat, korang akan di cop macammacam sehingga ada yang bergaduh. jika kes yang diorang dapat apa yang diorang nak, kira korang makbulkan suruhan diorang, korang tetap akan dibelai dan diangkat.
sebelum dilupakan semula.

jadi, pandaipandai lah gunakan kelebihan korang untuk mereka yang selalu bertanyakan khabar dan mengharapkan tempat dalam diri korang. mereka ni banyak dan pelbagai watak, macam rasaksa ultraman, kan. tapi diorang ada kuasa cicakkobeng. tukar warna. dan lidah ular. dan tanduk setan. dan kulit buaya. tapi otak burung unta. dan saudara pak pandir. jiran bush. pakai sut manusia. bukan tag topman. tapi tag 'kawan'.

faham lah tajuk post ni. buka kedai runcit yang besar kepada orang ramai. di kota. pasang cctv. upah amoi cun. cari cleaner rajin. hire juruwang jujur. yang suka senyum. jangan jadi kedai runcit di kampung. bila diperlukan, baru ada orang datang.

20090205

pemandu bas raba polis.

aku jalan ke bas stop sambil dengar mp3 dengan harapan bas cepat sampai dan aku boleh sampai rumah awal dan tidur sebab aku penat kritikal. lepas 20 minit tunggu bas dengan tapak kaki dan tangan aku yang basah, bas sampai pada pukul 1900. aku naik tangga sambil pamerkan tiket bas tapi tak tengok pemandu bas sebab tgh cari tempat duduk dalam bas. lepas tu pemandu bas ni tahan aku. dia pegang tangan. ya, tangan. aku tahu. aku tak tau la dia khunsah ke apa. tapi memang aku terkejut. lepas tu aku tengok apa yang tak kena dengan tiket bas tu. rupanya tu tiket bas semalam sebab aku lupa yang aku tidur office malam semalam. pemandu bas tu cakap "simpan tiket tahun lepas buat apa. bukan boleh tukar dengan duit pun."

kejap, pergi mampos la dengan kau aku nak simpan apa dalam beg aku. aku suka kumpul tiket bas, jadi? lagi baik dari kumpul lobang jerawat macam span kat muka kau tu! kau ingat boleh keluar madu lebah?

sambung.

aku kocek poket seluar. hulur seringgit dalam lobang jerawat dia, takde ar, dalam mesin tiket tu, lepas tu sound balik "aku ada kacau kau ke?"


. . . . .



pemandu bas : boom! tang! peng! toom! (makin lama makin kuat)

pemandu bas : tamm! pong! damn! bramm! pang! dang! bong! stone! tong! dramm!!

makin bingit telinga aku dengar pemandu bas ni menjerit suruh aku turun sebab aku tertidur dalam bas sambil dengar mp3. makin naik la darah aku bila aku terjaga dan dengar dia tengah menyalak. aku betul-betul marah sebab apa yang dia buat tu, manusia tak boleh tiru. gorila pun tak ada nada kuat yang mengjengkelkan macam tu. marah aku berlarut 20 minit sehingga dia naik bas semula untuk memulakan trip seterusnya. aku naik bas yang seat belakang sekali tu panas la bodoh, semula kerana dzul telefon aku sebelum tu suruh datang office balik sebab ada kerja nak kena siapkan. aku naik, buat muka ego. tak,tak, macam pondan plak, buat muka baran, terus duduk sebelah kerusi yang aku rasa cukup besar untuk aku, tapi tak cukup besar untuk budak 'style dohh' yang naik lalu duduk sebelah kanan aku 5 minit lepas tu. lengan dia macam subwoofer, sampai nak seluk telefon bimbit kat poket pun kena berdiri lepas tak boleh nak seluk masa duduk dan ramai orang pandang dia. dia terlampau 'payitt' (kaum farid nasir) kerana memakai gelang 'bader-bader' yang sama besar macam lima bibir t-pain.


apa yang aku nak kongsi sebenarnya ialah jangan jadi kurang ajar sangat sampai berperangai seperti pemandu bas tersebut keran apa yang dia buat tu memang tak boleh diterima ramai. menjerit terlolong macam kena histeria. apa salahnya kalau pergi dekat aku lepas tu kejut elok-elok, cakap baik-baik suruh turun. pergi mampos la macam pondan pun tapi boleh diterima berbanding jerit lolong. kalau korang kena macam tu, apa korang nak buat kat pemandu tu?

sila.

20090203

dahi ku di atas meja

ya, bunyi macam bodoh tapi itu yang aku sedang buat.

kalau kepala korang migrain, korang bosan, korang lapar, apa korang buat? aku tak tahu macam mana korang hadapi tapi aku sedang alami semua itu sekarang ni. mesti la korang akan makan ubat sakit kepala, main game atau log in facebook masing-masing, wall-to-wall dengan perempuan yang korang suka tgk muka dia walau dalam hati nak sodok je, cari makanan kat dapur atau pergi beli kat seven-eleven. tapi apa korang nak buat kalau semua yang aku sebut tadi, tiada sekitar korang. yang ada dalam paras capaian tangan korang, keyboard, telefon bimbit, stationary, calendar, cawan kosong, remote air-cond. korang bayang kan korang tgh lemau ni (lemau tu keadaan yang korang lapar, sakit kepala, duduk dalam air-cond, rasa nak perembat muka kau aku cakap betul la bodoh!). aku dapat penyakit ni masa aku belajar buang duit kat snooker atas cueball yang penuh dengan binatang berkaki judi main lucky ball tak reti jaga suara melalak sana-sini padahal kalau kau menang, duit kau rolling balik yang kalah semalam atau kelmarin. sakan cucuk bola, perut lapar, hisap rokok budget gempak. melekat kat kepala otak sampai sekarang, sial!

aku training setiap khamis dengan eylia (dia baragas, bukan chick), sebab terangsang tengok pertandingan snooker kat saluran sport astro aku tak tau apa nombor saluran dia. memang best training dengan dia sebab lepas aku kalah kan dia (ewah), dia kalah kan aku. jadi, sama-sama keluar duit, sama-sama penat. seronok tu memang ada walau aku dengar korang tengah kutuk aku sekarang ni sebab habiskan duit kat sukan tak bawa masa depan bagi budak sekolah macam aku dengan dia. semua atas dasar kepuasan sendiri macam korang habis kan duit beli baju topman, pakai nikon canon mahal-mahal (pergi mampos la aku takde), tukar telefon bimbit macam makan kuaci, download porno (sorry, shahir), semua sebab apa?

kepuasan diri masing-masing.

bukan?


sudah, aku rasa migrain aku dah kurang selepas aku caci maki kat kotak ni, maaf, bahasa aku kurang elok tapi aku suka sebab aku tak payah jadi pelakon. mungkin lepas korang baca post pertama aku ni, korang dapat menilai kejantanan atau peribadi aku yang semula jadi. tapi percaya la kalau aku cakap korang salah sebab kawan-kawan aku yang lain macam bart tak cakap macam tu pun. sebab korang orang asing!

faham, tidak?

aku bukan suka-suka cakap besar, gebang sana-sini cakap aku bagus la, aku baik la, penuh kasih sayang haram jadah amendanya korang ni! maaf. tapi apa aku cakap ni berasas dan tak lebih batasan aku. aku sedar, korang sedar, semua sedar, Tuhan nampak. aku pun bukan baik sangat nak sebut dan guna nama Tuhan dalam perkataan aku tapi itu antara aku dengan Dia. aku tahu korang dah mula rasa bosan baca post ni, kan?

sama la kita. jom kita breakfast?