20110826

Machu picchu.

Inilah arnab aku...


































...telah idam-idamkan.

































Tapi ini arnab kesayangan aku.

Picchu






Masa aku jalan2 cari makanan, bukan cari makan, kat pasar malam lalu aku ternampak anak arnab warna kelabu tengah poco-poco. mengarut la tu. aku ternampak anak arnab warna kelabu untuk dijual. aku terus rasa tertarik sangat sebab aku dah lama tak bela binatang. pungpang2 jadi aku pun beli.

cerita panjang jadi pendek, arnab dalam gambar atas ni bukan arnab kelabu yang aku beli kat pasar malam tu. arnab atas ni arnab ke 3 yang aku beli lepas dua ekor hilang dalam masa 2 hari. aku tak tahu mana 2 ekor tu pergi. david blaine pinjam kot. arnab atas ni namanya Picchu (Pee-choo)



seminggu kemudian picchu mati.

cirit-birit.

20110824

S.M.P.


Pada satu sabtu yang hebat, aku berjalan-jalan di pusat beli-belah kat bandar. hari tu sangat panas sampai terasa nak pakai sleveless tapi tak jadi dan aku terus berlari untuk menghirup angin suci aircond dalam pusat beli-belah itu.

tapi aku terasa macam tengah melintas crowd concert never say never. semuanya sesak. ramai orang berlaga bahu dan bontot.

lepas aku cilok cermat, akhirnya aku dapat juga masuk ke dalam pusat beli-belah tu. bila aku toleh kat crowd tu balik, aku terasa macam aku ni bieber. ramainya remaja yang stylo dan funky datang concert aku. aku kagum.

sambil aku terokai pusat beli-belah tu, aku rasa makin ketinggalan zaman. aku ternampak remaja yang mungkin dari masa depan dengan shades yang liplap2 yang aku belum pernah nampak lagi. dengan fesyen mengalahkan jaafar onn dan ramlah ram, mereka lebih stylo dari j-lo. topi baju seluar canggih2, m daud kilau tengok pun boleh terus pencen jadi artis. makin lama berjalan, aku makin percaya aku dari zaman masa hang tuah sekolah rendah. rupanya DSLR tu sebenarnya rantai di masa depan. aku pun jalan cepat2 takut kena marah sebab aku tak ada rantai macam diorang. dan mereka bukan saja boleh update status kat fb, tapi kat baju pun dah boleh! weh terer weh!

aku cuba cari barang yang aku nak, tapi tak jumpa. aku sesat. aku kaget. aku lari untuk dapatkan udara air cond tadi. tapi masih pening lagi. aku lari keluar sepantas cheetah. aku sempat toleh balik pusat beli-belah tadi lalu aku terkejut besar dan terasa rasa bodoh. aku nampak di atas pusat beli-belah tu tertulis...

...sekolah menengah pavilion.



patutlah ramai budak sekolah.

20110816

Babak 1


mak: hari ni makan kat luar eh? mak malas masak. mak penat lari.

(monolog) *bila mak aku pandai berlari ni? baru nak start jogging kot. biar la.
hb: okay.


masa balik dari makan malam kat luar, duduk lepak dengan mak aku tengok tv kejap. saja nak bahan pasal habit baru dia.


hb: berapa gunung dah mak lari pecut petang tadi?

mak: bila masa mak lari pecut? nak jogging pun badan still saloma lagi.

hb: tadi kata malas masak sebab penat lari?

mak: bila masa mak cakap mak penat lari?

hb: petang tadi la masa suruh org makan luar tu gapo?

mak: mak cakap mak penat lah, ri.


keistimewaan headphone philips ialah bila dipakai, bunyi kat luar headphone hampir2 tak dengar.

macam suara gelak2 mak aku.

aman macam kat bulan.

20110815

Honey, i'm home.


Genap setahun aku stop blogging. mulai post ni aku tak nak buat post lopek2 macam aku buat tahun lepas. dan tak perlu baca post aku yang lepas2 sebab bila aku baca balik, aku geli.

sebab aku ada sedikit hipokrit masa aku buat post2 lepas tu. korang kena game. mulai post ni juga
, aku nak direct dan simple. masa korang tak bazir, peluh tangan aku tak deras mengalir. win2 situation, okay?

selamat berpuasa dan selamat berbuka. rajin2 lah singgah.

blog aku. bukan rumah.

20100723

Shizzle muh nipple.


Masa sekolah :
  • tak sabar nak habis sekolah sebab nak bela rambut macam jenglot
  • nak merasa pakai baju warna lain selain warna kain kapan
  • benci gila peperiksaan sebab buat kita baca buku yang 27 kali kita dah baca
  • berharap cepatcepat dapat pegang duit sekampit bila bekerja di pejabat nanti
  • mengikut peraturan sekolah bulatbulat macam orang bodoh
  • menangis sebab kena rotan oleh cikgu di pungkok

Masa pengajian tinggi :
  • tak sabar nak habis belajar sebab letih mengadap kelas dah
  • nak merasa pandu kereta sendiri selain komuter dan bas rapidKL
  • benci gila assessment sebab buat kita berjaga 7 hari dan menyiapkan assignment tanpa mandi dan berbau seperti zombie
  • berharap cepatcepat dapat pegang duit seguni untuk kegunaan sendiri dan bukan untuk yuran 6 semester
  • mengikut peraturan ipta/ ipts macam duduk dalam wad sakit mental
  • menyesal sebab tak masuk kelas lalu kena defer atau bar

Masa bekerja :
  • berkumpul dengan kawankawan lama dan bercerita tentang zaman persekolahan dan zaman pengajian tinggi.




A P A N E R A K A ?
what the hell?


tapi itu lah kenyataan, kan =D

20100701

Oligo sap mai tlo

Post kali ini mungkin memakan masa 2 hari untuk habis baca dan mungkin post paling panjang pernah ditulis jadi sila sediakan popcorn dan kerusi malas untuk terus membaca.

Hari tu gerak kuantan dengan budak office aku sebab kena handle booth kat jom heboh. siapa tak nak pergi dohh; dapat pergi pantai, dapat makan sedapsedap, dapat elaun. orang bodoh macam pak pandir je tamoh pergi.

part handle booth tu tak payah cerita la. bosan. aku nak cerita pasal orangorang muda kat kuantan. aku define dalam dua ayat je.

sumpah macamanjing.

malam pertama masa nak makan malam, kebetulan match brazil lawan portugal. aku sokong brazil so aku bawak la jersi brazil. malam tu tak mandi, tak gosok gigi, terus tukar baju dalam kereta masa traffic jem. semangat tak semangat ar ann.

lepas tu sampai kat satu tempat ni kononkonon macam hartamas square ar. penuh dengan budakbudak muda yang budget groovie funk cool buto. aku lupa nama tempat tu. tak silap aku hotlink square macam tu la.

sampaisampai je aku pun cari la tempat duduk sebab aku paling depan. sambilsambil aku jalan kat tengahtengah square tu cari tempat duduk nak tengok bola, aku perasan yang dekat semua orang kat situ pandang aku macam la bulu ketiak aku terkeluar dari lengan jersi aku. aku pun terus jalan je la sambil cari tempat duduk. makin lama aku jalan, makin tak selesa aku jadi. sebab diorang tak stopstop pandang. dalam hati aku macam, 'eh kimak, aku masuk kat tempat fan portugal ke apa'. sebab tak selesa sangat, aku pun terus lintas tempat tu pergi kedai sebelah.

sampai je kedai sebelah, kawan aku tibatiba cakap kat aku,

polan : kenapa semua orang kat situ pandang kau macam tu?
aku : aku tak sure. mungkin sebab aku kentut kuat sangat sampai merecikrecik kot.

tapi yang peliknya, aku tak nampak sekor pun monyet yang pakai baju portugal. aku ingatkan perangai aku ni memang kuat perasan, rupanya tak. diorang tu yang batak.







esoknya, gerak sure heboh tengahhari lepas tu terus lunch kat teluk cempedak. part ni yang aku seronok nak cerita. sebab ada pantai. haaaaaaaaaa, pantai beb. beb, pantai, beb. beb, pantai, beb. beb. beb, pantai. beb, pantai, beb. beb, pantai, beb. pantai!

sorry la, aku memang batak pantai sikit. kat KL mana ada pantai. pantit ramai ar. banyak kat changkat. try ar beli satu.

aku memang seronok gila kalau ada orang ajak aku pergi kat area pantai. seronok pe; angin kuat, langit lebar, pasir bersepah, boleh mandi laut, tangkap buaya. tak kisah la pantai mana, aku redah je.

masa kat teluk cempedak, sempat jugak aku buat bendabenda tak senonoh. macam ni ha.

mengendap orang mandi bogel

bodek anak bos mintak naik gaji

jadi orang utan jap

seronok la gila dapat bergayut kat tali ni. sumpah layan. bukan selalu dapat naik. aku seronok sangat naik benda ni sampai aku propose kat bos suruh letak tali ni sebijik dalam office. time recess boleh gayut an.

lepas makan, gerak jom heboh balik. nak kena check booth okay ke tak, ada yang koyak ke tak, ada yang pregnant ke tak. ada jugak benda tak senonoh aku buat kat sana. tak semenggah. gatal. banyak.

menyemak masa member aku nak amik gambar booth yang dia design

jumpa Picasso
(kerja mamat ni ialah membuat gambar korang
terpacul dalam template surakhabar harian metro
dan menjualnya dengan harga rm10. wtf?)

mengorat promoter Oligo

gambar sempat amik, tapi nama tak tau. pecah rahsia aku yang aku ni pemalu. hmmh.

malam tu plak masa nak dinner kat tempat ikan bakar paling loyon kat tanjung lumpur, aku ternampak scene bulan tertenggek atas laut macam cun je. aku amik camera, try tembaktembak.

tembakan pertama
(macam siang dan lancau kan?)

tembakan kedua
(masih tak cukup hebat)

tembakan ketiga
(lepas bulan menyorok dan ketiak melecet)

ha, boleh la.

sorry ye, penciplak, gambar aku memang tak lawa dan semuanya low-res. jangan mawah =]

tapi masih tak cukup lebat. kawan aku guna camera yang lain sikit tapi resultnya 200 kali lagi puas hati dari apa yang aku tembak ni. lantas membuat aku memasukkan satu lagi item dalam shopping list aku; camera power =D

20100624

Coli ketat

Dulu aku selalu tak dapat apa yang aku hajatkan sangat. bila nak dekat dapat je, ada je benda sailang. kadangkadang jauh dari dapat pun dah kena pangkah. tapi aku tak salahkan siapasiapa.

aku cuba pujuk diri aku sabar. tapi lamalama ada jugak sampai tendang pintu. lepas tu sabar balik. lepas tu tendang pintu jiran plak.

takpe, semua benda ada hikmah.

lama kelamaan, benda yang aku hajatkan duludulu, datang sikitsikit. walaupun hajat dah 3 tahun tapi sekarang baru dapat. takpe, syukur alhamdulillah.

aku usaha, usaha, usaha, usaha, usaha, ketiak dah basah dah ni, usaha, usaha, usaha, usaha, usaha, banyak plak benda yang dihajatkan dulu mencurahcurah jatuh kat kening.

mula la seronok, fikir nak tu nak ni plak.

tapi dalam banyakbanyak hajat tu banyak jugak yang aku lepaskan. nak buat macam mana, rezeki orang. takpe, pelanpelan kayuh. tak dapat yang sebijik macam apa aku hajat, dapat yang serupa pun jadi la. macam mengidam mentos tapi dapat petai.

baru la aku sedar usaha tu penting. tak kira payah mana, jangan berhenti cari usaha. air ketiak meleleh sampai peha pun usaha jugak. makin banyak korang usaha, makin cepat tangga kejayaan tu tukar jadi escalator.

masa korang pandang balik apa yang korang usahakan untuk dapatkan sesuatu, masa itu la korang nampak keupayaan diri melebihi tahap sendiri. macam video klip noh hujan masa dia tengah seronok yaw yaw check one two dulu.

motivasi penting. usaha lagi penting. so, jom berusaha.








tak lama lagi =D