20100624

Coli ketat

Dulu aku selalu tak dapat apa yang aku hajatkan sangat. bila nak dekat dapat je, ada je benda sailang. kadangkadang jauh dari dapat pun dah kena pangkah. tapi aku tak salahkan siapasiapa.

aku cuba pujuk diri aku sabar. tapi lamalama ada jugak sampai tendang pintu. lepas tu sabar balik. lepas tu tendang pintu jiran plak.

takpe, semua benda ada hikmah.

lama kelamaan, benda yang aku hajatkan duludulu, datang sikitsikit. walaupun hajat dah 3 tahun tapi sekarang baru dapat. takpe, syukur alhamdulillah.

aku usaha, usaha, usaha, usaha, usaha, ketiak dah basah dah ni, usaha, usaha, usaha, usaha, usaha, banyak plak benda yang dihajatkan dulu mencurahcurah jatuh kat kening.

mula la seronok, fikir nak tu nak ni plak.

tapi dalam banyakbanyak hajat tu banyak jugak yang aku lepaskan. nak buat macam mana, rezeki orang. takpe, pelanpelan kayuh. tak dapat yang sebijik macam apa aku hajat, dapat yang serupa pun jadi la. macam mengidam mentos tapi dapat petai.

baru la aku sedar usaha tu penting. tak kira payah mana, jangan berhenti cari usaha. air ketiak meleleh sampai peha pun usaha jugak. makin banyak korang usaha, makin cepat tangga kejayaan tu tukar jadi escalator.

masa korang pandang balik apa yang korang usahakan untuk dapatkan sesuatu, masa itu la korang nampak keupayaan diri melebihi tahap sendiri. macam video klip noh hujan masa dia tengah seronok yaw yaw check one two dulu.

motivasi penting. usaha lagi penting. so, jom berusaha.








tak lama lagi =D

20100616

Whoah?!

Aku pun terkejut jugak sebab sekarang aku dah mula suka membaca.

yang paling best skrg aku dah mula membeli buku yang aku nak baca.

siap plan 2-3 minggu sebelum nak beli.

siap mimpi pasal buku tu lagi.

dulu aku meluat tengok buku tebaltebal. aku menyampah mengadap semua perkataan dah huruf yang panjang lebar dalam buku. rasa mcm kalau aku nampak kat manamana je buku tebaltebal macam tu aku rasa nak bakar on the spot. tak kira ar kat rumah member ke kat kedai buku.

dulu kalau tengoktengok dalam kedai buku, aku tak pergi kat bahagian novelnovel yang tebal tu. aku cukup menyampah.

dulu aku suka buku yang ada gambar je. tak kira la takde tulisan langsung ke apa, asalkan ada gambar.

tapi sekarang. dah lain. hairi dah lain.

sekarang aku dah mula membaca buku tebaltebal yang aku rasa nak bakar dulu. aku dah mula seronok bermain dengan imaginasi aku yang melilau masa aku teliti setiap ayat dalam buku tu. aku selalu dengar orang cakap 'dengan membaca, kita boleh merantau ke tempat yang kita tak pernah sampai'. betul kata diorang. tapi kalau ikutkan katakata ni, memang aku takkan baca buku pasal pocong dan hantu tetek.

sekarang aku dah mula habiskan masa 20-30 minit di bahagian novel di kedai buku. aku dah mula belekbelek buku untuk tengok preview buku tu. aku dah boleh keluar duit untuk buku yang aku rasa berbaloi kalau aku beli.

antara sebabsebab kenapa aku dah mula membaca.
  • buku tu sebaris dengan peristiwa sebenar atau berdasarkan mitologi yang betul dan cerita yang terlampau fiksyen (kisah perang dunia ke 2, kisah ketuhanan greek)
  • entiti dalam cerita (elf, dwarf, hobbit, orc, sargeant john basilone, capten john miller, zeus, hades)
  • berkait dengan realiti (game, movie)
  • dapat belajar perkataan klasik/ rare/ poetic (midst, akin, albeit)
  • nampak cool dan bijak

endahkan poin terakhir tu.

apapun aku suka dengan perkembangan diri aku yang dah boleh terima benda yang pada awalnya nampak macam bodoh tapi sebenarnya banyak kelebihan. aku ni jenis ignorant sikit tapi boleh terima perubahan positif dengan baik. nak kongsi benda sikit dengan korang. buku ni best wooooo

baru baca setengah. lusa habis ar.

20100615

Badminton atas katil.




Selamat pengantin baru, din & kin (sorry aku tak tau nama bini awak yg penuh sebab kad kahwin kau aku baca depan je) 2 hari lepas kawan aku ni naik pelamin dengan mak pengantin pompan. takde la, dgn pengantin pompan. lepas ni mungkin kurang lepak dengan member sebab mesti pemikiran dah menjurus ke perihal rumah tangga. finance, rumah, kenderaan, anak, penampilan. dah takde dah bendabenda belakang kubur lagi (hehehe). hampir semua membermember rapat aku turun nak tengok gorila naik pelamin tapi ada jugak yang tak dapat atas sebabsebab yang masuk akal. setakat 'aku ada futsal doh' tu tak dapat ar. memang aku selipar pipi diorang. lepas makan kenyangkenyang, layan badminton kat rumah kawan aku plak. lepas tu tennis. lepas tu pingpong. lepas tu go kart dan rock climbing. dah byk sgt la plak. go kart dgn rock climbing tu sembang je.
kredit kepada farah nashrina, tuan punya camera. thanks, dude.