20100723

Shizzle muh nipple.


Masa sekolah :
  • tak sabar nak habis sekolah sebab nak bela rambut macam jenglot
  • nak merasa pakai baju warna lain selain warna kain kapan
  • benci gila peperiksaan sebab buat kita baca buku yang 27 kali kita dah baca
  • berharap cepatcepat dapat pegang duit sekampit bila bekerja di pejabat nanti
  • mengikut peraturan sekolah bulatbulat macam orang bodoh
  • menangis sebab kena rotan oleh cikgu di pungkok

Masa pengajian tinggi :
  • tak sabar nak habis belajar sebab letih mengadap kelas dah
  • nak merasa pandu kereta sendiri selain komuter dan bas rapidKL
  • benci gila assessment sebab buat kita berjaga 7 hari dan menyiapkan assignment tanpa mandi dan berbau seperti zombie
  • berharap cepatcepat dapat pegang duit seguni untuk kegunaan sendiri dan bukan untuk yuran 6 semester
  • mengikut peraturan ipta/ ipts macam duduk dalam wad sakit mental
  • menyesal sebab tak masuk kelas lalu kena defer atau bar

Masa bekerja :
  • berkumpul dengan kawankawan lama dan bercerita tentang zaman persekolahan dan zaman pengajian tinggi.




A P A N E R A K A ?
what the hell?


tapi itu lah kenyataan, kan =D

20100701

Oligo sap mai tlo

Post kali ini mungkin memakan masa 2 hari untuk habis baca dan mungkin post paling panjang pernah ditulis jadi sila sediakan popcorn dan kerusi malas untuk terus membaca.

Hari tu gerak kuantan dengan budak office aku sebab kena handle booth kat jom heboh. siapa tak nak pergi dohh; dapat pergi pantai, dapat makan sedapsedap, dapat elaun. orang bodoh macam pak pandir je tamoh pergi.

part handle booth tu tak payah cerita la. bosan. aku nak cerita pasal orangorang muda kat kuantan. aku define dalam dua ayat je.

sumpah macamanjing.

malam pertama masa nak makan malam, kebetulan match brazil lawan portugal. aku sokong brazil so aku bawak la jersi brazil. malam tu tak mandi, tak gosok gigi, terus tukar baju dalam kereta masa traffic jem. semangat tak semangat ar ann.

lepas tu sampai kat satu tempat ni kononkonon macam hartamas square ar. penuh dengan budakbudak muda yang budget groovie funk cool buto. aku lupa nama tempat tu. tak silap aku hotlink square macam tu la.

sampaisampai je aku pun cari la tempat duduk sebab aku paling depan. sambilsambil aku jalan kat tengahtengah square tu cari tempat duduk nak tengok bola, aku perasan yang dekat semua orang kat situ pandang aku macam la bulu ketiak aku terkeluar dari lengan jersi aku. aku pun terus jalan je la sambil cari tempat duduk. makin lama aku jalan, makin tak selesa aku jadi. sebab diorang tak stopstop pandang. dalam hati aku macam, 'eh kimak, aku masuk kat tempat fan portugal ke apa'. sebab tak selesa sangat, aku pun terus lintas tempat tu pergi kedai sebelah.

sampai je kedai sebelah, kawan aku tibatiba cakap kat aku,

polan : kenapa semua orang kat situ pandang kau macam tu?
aku : aku tak sure. mungkin sebab aku kentut kuat sangat sampai merecikrecik kot.

tapi yang peliknya, aku tak nampak sekor pun monyet yang pakai baju portugal. aku ingatkan perangai aku ni memang kuat perasan, rupanya tak. diorang tu yang batak.







esoknya, gerak sure heboh tengahhari lepas tu terus lunch kat teluk cempedak. part ni yang aku seronok nak cerita. sebab ada pantai. haaaaaaaaaa, pantai beb. beb, pantai, beb. beb, pantai, beb. beb. beb, pantai. beb, pantai, beb. beb, pantai, beb. pantai!

sorry la, aku memang batak pantai sikit. kat KL mana ada pantai. pantit ramai ar. banyak kat changkat. try ar beli satu.

aku memang seronok gila kalau ada orang ajak aku pergi kat area pantai. seronok pe; angin kuat, langit lebar, pasir bersepah, boleh mandi laut, tangkap buaya. tak kisah la pantai mana, aku redah je.

masa kat teluk cempedak, sempat jugak aku buat bendabenda tak senonoh. macam ni ha.

mengendap orang mandi bogel

bodek anak bos mintak naik gaji

jadi orang utan jap

seronok la gila dapat bergayut kat tali ni. sumpah layan. bukan selalu dapat naik. aku seronok sangat naik benda ni sampai aku propose kat bos suruh letak tali ni sebijik dalam office. time recess boleh gayut an.

lepas makan, gerak jom heboh balik. nak kena check booth okay ke tak, ada yang koyak ke tak, ada yang pregnant ke tak. ada jugak benda tak senonoh aku buat kat sana. tak semenggah. gatal. banyak.

menyemak masa member aku nak amik gambar booth yang dia design

jumpa Picasso
(kerja mamat ni ialah membuat gambar korang
terpacul dalam template surakhabar harian metro
dan menjualnya dengan harga rm10. wtf?)

mengorat promoter Oligo

gambar sempat amik, tapi nama tak tau. pecah rahsia aku yang aku ni pemalu. hmmh.

malam tu plak masa nak dinner kat tempat ikan bakar paling loyon kat tanjung lumpur, aku ternampak scene bulan tertenggek atas laut macam cun je. aku amik camera, try tembaktembak.

tembakan pertama
(macam siang dan lancau kan?)

tembakan kedua
(masih tak cukup hebat)

tembakan ketiga
(lepas bulan menyorok dan ketiak melecet)

ha, boleh la.

sorry ye, penciplak, gambar aku memang tak lawa dan semuanya low-res. jangan mawah =]

tapi masih tak cukup lebat. kawan aku guna camera yang lain sikit tapi resultnya 200 kali lagi puas hati dari apa yang aku tembak ni. lantas membuat aku memasukkan satu lagi item dalam shopping list aku; camera power =D