20090203

dahi ku di atas meja

ya, bunyi macam bodoh tapi itu yang aku sedang buat.

kalau kepala korang migrain, korang bosan, korang lapar, apa korang buat? aku tak tahu macam mana korang hadapi tapi aku sedang alami semua itu sekarang ni. mesti la korang akan makan ubat sakit kepala, main game atau log in facebook masing-masing, wall-to-wall dengan perempuan yang korang suka tgk muka dia walau dalam hati nak sodok je, cari makanan kat dapur atau pergi beli kat seven-eleven. tapi apa korang nak buat kalau semua yang aku sebut tadi, tiada sekitar korang. yang ada dalam paras capaian tangan korang, keyboard, telefon bimbit, stationary, calendar, cawan kosong, remote air-cond. korang bayang kan korang tgh lemau ni (lemau tu keadaan yang korang lapar, sakit kepala, duduk dalam air-cond, rasa nak perembat muka kau aku cakap betul la bodoh!). aku dapat penyakit ni masa aku belajar buang duit kat snooker atas cueball yang penuh dengan binatang berkaki judi main lucky ball tak reti jaga suara melalak sana-sini padahal kalau kau menang, duit kau rolling balik yang kalah semalam atau kelmarin. sakan cucuk bola, perut lapar, hisap rokok budget gempak. melekat kat kepala otak sampai sekarang, sial!

aku training setiap khamis dengan eylia (dia baragas, bukan chick), sebab terangsang tengok pertandingan snooker kat saluran sport astro aku tak tau apa nombor saluran dia. memang best training dengan dia sebab lepas aku kalah kan dia (ewah), dia kalah kan aku. jadi, sama-sama keluar duit, sama-sama penat. seronok tu memang ada walau aku dengar korang tengah kutuk aku sekarang ni sebab habiskan duit kat sukan tak bawa masa depan bagi budak sekolah macam aku dengan dia. semua atas dasar kepuasan sendiri macam korang habis kan duit beli baju topman, pakai nikon canon mahal-mahal (pergi mampos la aku takde), tukar telefon bimbit macam makan kuaci, download porno (sorry, shahir), semua sebab apa?

kepuasan diri masing-masing.

bukan?


sudah, aku rasa migrain aku dah kurang selepas aku caci maki kat kotak ni, maaf, bahasa aku kurang elok tapi aku suka sebab aku tak payah jadi pelakon. mungkin lepas korang baca post pertama aku ni, korang dapat menilai kejantanan atau peribadi aku yang semula jadi. tapi percaya la kalau aku cakap korang salah sebab kawan-kawan aku yang lain macam bart tak cakap macam tu pun. sebab korang orang asing!

faham, tidak?

aku bukan suka-suka cakap besar, gebang sana-sini cakap aku bagus la, aku baik la, penuh kasih sayang haram jadah amendanya korang ni! maaf. tapi apa aku cakap ni berasas dan tak lebih batasan aku. aku sedar, korang sedar, semua sedar, Tuhan nampak. aku pun bukan baik sangat nak sebut dan guna nama Tuhan dalam perkataan aku tapi itu antara aku dengan Dia. aku tahu korang dah mula rasa bosan baca post ni, kan?

sama la kita. jom kita breakfast?

1 comment: