20090217

Kedai runcit.

"setinggi-tinggi kerhormatan buat kawankawan yang masih ada bersuara dan perasan kewujudan aku."

bila semua nampak gah dan gebang di mata si kawan, ya, diri rasa seakan yasser arafat. menjadi tarikan dan hidangan kebosanan kawan yang selalunya nampak rapat dan caring di keliling. bila kau dah tak berguna, habis keseronokan atau jarang lepak, kau akan jadi tahi yang kering dan semakin di lupakan. tapi kawankawan yang betul maksudnya 'kawan', tak menganggap diri kau sedemikian. mereka sentiasa pau rokok dan membahan depandepan. perkara buruk tetapi istimewa bagi aku. mereka lah perdana menteri dalam hidup aku. ya, post ini mungkin berbunyi pondan atau homo, tapi aku nak guna ayat apa lagi. kalau aku nak hidup dalam dunia ni dengan mereka-mereka yang aku anggap hebat ini, boleh tak? kerana aku dah bosan dengan parasit yang tak guna.

nama mereka, parasit.
mereka ada dalam episodepisod bersiri ultraman.

mereka suka bermukamuka, cakap belakang, dan paling ultimate, akan teringatkan korang masa korang ni calon paling sesuai sebagai penyelesaian masalah diorang atau kegunaan korang yang pelbagai. begini cara mereka huha.

parasit : hello? wehh, lama tak dengar cerita. kau kat mana, shial?
sipolan : oh, kau. aku kat
pokpekpokpek. tgh pokpekpokpek. kau kat mana ni?
parasit : aku kat tempat biasa la. weh, kau busy tak?
aku macam nak mintak tolong kau la.
sipolan : kau nak aku tolong apa. aku takde kereta. duit tak banyak.
parasit : bukan la. aku nak kau buatkan pokpekpokpek.
aku dah tanya kawan aku semua, diorang boleh buat sikit je.
kau kan pandai. tak kan tak boleh tolong kawan kot? hehehe.
sipolan : boleh. tak kisah la, kawankawan. tapi aku tak janji la, sebab aku sibuk sikit.
parasit : alah kau ni, kawan minta tolong pun tak boleh.
bukan susah pun. kalau kau nak berkira, aku boleh bayar la.
cilaka punya kawan. poyo. sombong. ptuih!
sipolan : bukan macam tu..er..hello? hello? babi tak cakap bye!
(dramatasi)

ya, terma 'kawan' digunakan sebagai salah satu sebab nak berang atau memulakan cilaka. pastinya perbualan sepertinya selalu di dengar dan setengah dari korang yang saitan sepertiku mungkin selalu. bukan lah susah kalau permintaan yang searus dengan kesukaan kita diberi perkhidmatankan kepada mereka yang tak faham terma 'kawan'. apa yang mereka harapkan, mereka tuntut sampai korang murtad. kalau tak dapat, korang akan di cop macammacam sehingga ada yang bergaduh. jika kes yang diorang dapat apa yang diorang nak, kira korang makbulkan suruhan diorang, korang tetap akan dibelai dan diangkat.
sebelum dilupakan semula.

jadi, pandaipandai lah gunakan kelebihan korang untuk mereka yang selalu bertanyakan khabar dan mengharapkan tempat dalam diri korang. mereka ni banyak dan pelbagai watak, macam rasaksa ultraman, kan. tapi diorang ada kuasa cicakkobeng. tukar warna. dan lidah ular. dan tanduk setan. dan kulit buaya. tapi otak burung unta. dan saudara pak pandir. jiran bush. pakai sut manusia. bukan tag topman. tapi tag 'kawan'.

faham lah tajuk post ni. buka kedai runcit yang besar kepada orang ramai. di kota. pasang cctv. upah amoi cun. cari cleaner rajin. hire juruwang jujur. yang suka senyum. jangan jadi kedai runcit di kampung. bila diperlukan, baru ada orang datang.

1 comment:

  1. typical melayu yang "gua tadak hal je nak susun budak depan pelita malam merdeka ni." - kes pepek merdeka.

    ReplyDelete