20090502

Keanpa aku kruus.


Otak korang berjenis normal jika dapat membaca tajuk post dan ayat di bawah ini:

"Syaa soernag ynag mupeynai lbeih drai stau kmualean. syaa bloeh mkealet di dnidnig sbimal mlajneit tmuit kkai sneidri dan tngaan ynag skua mrabea phea wintaa tua wualuupn syaa mmupyenai dua jtninaa."

okeh, aku rasa korang tak normal sekarang.

aku nak cerita kenapa aku kurus sebab aku penat dengar orang
bercakap macam tak pernah tengok manusia yang lagi kurus dari aku di afghan, iraq, dan ampang. tapi mungkin sebabsebab yang logik juga. antaranya, aku tak buat badan, aku tak makan whey, aku tak pergi gym tiga kali seminggu, aku tak makan indomie double selalu, aku tak minum soyapisang harihari, aku tak pakai baju ketat kat lengan, aku tak lepak dengan bradorbrador yang sador, aku tak pakai baju armani.

okeh, berbau diskriminasi manusia sador.

tak, aku tak bahan pasal orang yang pergi gym dan buat badan. aku respect diorang dapat kekalkan disiplin dan rutin harian diorang untuk buat badan. diorang hormat diri diorang. hormat pantanglarang dalam buat badan. tak main bola takut badan jatuh, tak lepak dengan member sebab cikgu gym dah panggil, tak beli baju saiz lebih dari M. tapi soalan yang aku selalu sangat nak tanya diorang ni ialah "sebab apa?"

sebab apa korang buat badan?
sebab apa korang nak buat badan?
sebab apa korang nak lengan macam buat kelapa?
sebab apa korang nak dada macam the hulk?
sebab apa aku sibuk cakap pasal orang buat badan ni?
tajuk lain, cerita lain.

aku tak tahu kenapa aku dah makan banyak pun, kadangkadang sampai 4-5 kali sehari, tapi badan aku tak naik jugak. mungkin baka keturunan aku takde yang badan macam tayar lori kot. aku cuba nak chubby kan badan aku sikit tapi semuanya takde kesan. makan pil gemuk, makantidur 3 hari straight, makan tak baca bismillah, makan gelojoh, makan snek banyakbanyak, makan makanan berlemak dan berminyak pada pukul 12 malam lalu tidur, tapi semuanya tak berkesan.

sebab kenapa badan aku tak naik ialah aku kerap bersukan, aku kerap senaman, aku kerap jalan ke basstop, aku kerap berlari kejar bas, aku kerap kena kejar dengan anjing, aku kerap naik tangga, aku kerap berjalan.

antara sebab lain ialah girlfriend. aku tidak berkira langsung dengan girlfriend kalau mereka suruh aku belanja makan. benda merepek lain aku kurang sikit. aku suka tengok girlfriend aku makan dan aku tak mahu dia jadi kurus seperti aku. sebab aku hot kalau aku kurus. bapak kau(aku). aku akan membelanjakan wang aku dengan membeli makan. dan kalau aku makan pun, aku mahu kongsi dengan dia sebab konon sweet, padahal perut aku tengah huruhara tapi aku diam. aku akan lebihkan dia dalam bab makan. tapi kalau cheezy wedges dan kit kat, sorry dear. beli sendiri.

antara sebab yang lain jugak, pasal lebihkan dia dalam material. aku suka tengok dia pakai/ guna barangan yang aku belikan. supaya dia nampak comel. bukan sebab dressing dia tak comel, tapi nak comelkan lagi. supaya aku tak bosan tengok personaliti dia yang comel harihari. tapi hakikatnya aku comot. sebab tu ramai orang suka. bapak kau(aku) lagi.

kewangan aku tak stabil kalau ada girlfriend. aku bukan berharta macam kebanyakan lelaki(jangan perasan, bart. kita sama), mampu tampung girlfriend dan dirinya sendiri. tak kisah habiskan duit beratus ribu untuk girldriend. beli make-up baru, dress cantik, ring mahal, kasut comel, handbag warnawarni, dan pelacur. saat ni terlintas kat fikiran korang yang aku berkira. kan? elehh, dah ar. aku tau. tapi aku bukan berkira(aku tau, ayat tipikal). aku lebihkan orang, tapi diri aku yang mcm monyet. betul la dalam relationship ada understanding, sharing is cawing, i love you & you love her. tapi ada tahaptahap nya. memang perempuan tak harapkan harta benda, tapi kat dunia ni mati pun kena pakai duit. tapi bagi diorang yang mampu teruskan relationship korang walau ada krisis duit, aku hormat. korang terror. bulan depan kahwin, ye.

aku dah tak mengidam nak jadi gemuk atau sador. asalkan cukup makan diri sendiri dan lepas tambang bas, alhamdulillah. wow, 'alhamdulillah', poyo ar kau, hairi. solat pun mcm katak. tapi takpe la, aku tetap ingat masa depan, mak ayah, dan Tuhan. esok start solat. betul.

8 comments:

  1. abang gedang mana? jilat leher sikit.

    ReplyDelete
  2. bab kurus tu i pon kurus.kurus keding.tak penah nak naik badan kalo makan byk.haha.oh and, i punya relationship masalah kewangan sangat kritikal. tapi ktorang tetap happy n together forever eternity.haha.thanks cakap ktorang terror.memang pon.i tau.tak cakap pon i tau.

    ReplyDelete
  3. ahaha. secara tak langsung i nak cakap kalau ada girlfriend ni i cepat 'sakit' =]

    ReplyDelete
  4. ko nk gemok ke?? ade orng ckp kt aku..xelok berangan lebih..buang mase je..hahaha

    baru nk start solat ye bang?? ok latu..dr puase makan...esk puase minum air..tp rokok xtinggal..kan?kan?kan? wakakaka

    ReplyDelete
  5. hahahaha. kau sumpah jahat. dia kat belakang je ni.

    ReplyDelete