20110824

S.M.P.


Pada satu sabtu yang hebat, aku berjalan-jalan di pusat beli-belah kat bandar. hari tu sangat panas sampai terasa nak pakai sleveless tapi tak jadi dan aku terus berlari untuk menghirup angin suci aircond dalam pusat beli-belah itu.

tapi aku terasa macam tengah melintas crowd concert never say never. semuanya sesak. ramai orang berlaga bahu dan bontot.

lepas aku cilok cermat, akhirnya aku dapat juga masuk ke dalam pusat beli-belah tu. bila aku toleh kat crowd tu balik, aku terasa macam aku ni bieber. ramainya remaja yang stylo dan funky datang concert aku. aku kagum.

sambil aku terokai pusat beli-belah tu, aku rasa makin ketinggalan zaman. aku ternampak remaja yang mungkin dari masa depan dengan shades yang liplap2 yang aku belum pernah nampak lagi. dengan fesyen mengalahkan jaafar onn dan ramlah ram, mereka lebih stylo dari j-lo. topi baju seluar canggih2, m daud kilau tengok pun boleh terus pencen jadi artis. makin lama berjalan, aku makin percaya aku dari zaman masa hang tuah sekolah rendah. rupanya DSLR tu sebenarnya rantai di masa depan. aku pun jalan cepat2 takut kena marah sebab aku tak ada rantai macam diorang. dan mereka bukan saja boleh update status kat fb, tapi kat baju pun dah boleh! weh terer weh!

aku cuba cari barang yang aku nak, tapi tak jumpa. aku sesat. aku kaget. aku lari untuk dapatkan udara air cond tadi. tapi masih pening lagi. aku lari keluar sepantas cheetah. aku sempat toleh balik pusat beli-belah tadi lalu aku terkejut besar dan terasa rasa bodoh. aku nampak di atas pusat beli-belah tu tertulis...

...sekolah menengah pavilion.



patutlah ramai budak sekolah.

No comments:

Post a Comment