20090313

Galah butoh.


Aku bukan nak mencarut dalam blog aku, tapi kalau nama kawan kau Sarpukki A/L Sarawangi atau Tay Tek Chun, kau kena sebut jugak, kan?

aku nak perkenal kan kepada korang satu permainan tradisional baru. berunsur tradisional tapi rekaan baru. macam kuih bahulu dalam mesin vending air tin. mungkin korang dengar je nama ni korang rasa macam malas atau tak ambil port sangat bendabenda lama macam ni. tapi sebab kebosanan kawankawan aku dengan benda moden, permainan yang dulu nya hanya di main kan paling kerap di kampung selain sabung ayam dan judi, kini menjadi Wah! dan Uish!.

permainan ini berkonsepkan galah panjang tapi korang boleh pilih manamana garisan yang berunsur segi empat seperti galah panjang. tetapi setiap garisan mesti menyentuh setiap garisan yang ada. nanti aku bagi tau kenapa. korang boleh pilih dari court badminton, court tennis. dua tu je. sebab dua tu je court yang garisan dia bersambung dengan garisan yang ada dalam court tu. sepak takraw tak boleh sebab ada bulat kat tengah. court basketball tak boleh sebab nanti budak cina marah kau amik court diorang. keseronokan permainan ni bergantung kepada ramai mana dakdak yang kau ada. lagi ramai lagi meriah.

cara permainan ini beroperasi ialah kejar mengejar. tapi takde benda 'twit' tu, tak boleh duduk, tak boleh lari. ya, kejarkejar galah butoh ni tak boleh lari. mampos la kau berpeluh macam sazali samad ke, malik nor ke, kau kena lari jugak kalau tamoh jadi pengejar. undangundang nya:
  • pertama, korang tak boleh lari. semua tak boleh lari. kalau kau jalan macam pelari kenya tu boleh la. tu jalan laju. ni kalau berjalan tapi kaki nak kepak lebarlebar, pergi jahanam.
  • kedua, korang akan lari atas garisangarisan yang ada kat court tu. sebab tu aku cakap korang kena cari court yang garisangarisan nya bersambung dengan semua garisan yang ada. jadi, korang boleh pilih laluan yang korang mahu sambil di kejar polis. takde ar, di kejar si pengejar tu.
  • ketiga, korang tak boleh undur. korang mesti jalan kehadapan. sebaik kau pilih garisan untuk di lalui, korang tak boleh patah balik. dan jika korang tiba di simpang empat ke, tiga ke, korang tak boleh pilih laluan yang korang lalu tadi. korang mesti pilih laluan yang baru.
  • keempat, jika si pengejar tu sep kau, kau jadi la. kau pulak kejar. tapi kena tunggu semua orang ambil posisi masingmasing dulu.
begitu lah seterusnya sampai korang penat atau sampai polis datang. kerana aku pernah main permainan ni dengan kawankawan aku kat satu taman area rumah kawan aku. sebelah rumah dia betulbetul padang tapi ada court badminton. kita main pada pukul 3 atau 4 pagi macam tu, sampai ada salah satu jiran sakit hati tak dapat main sekali agaknya, telefon polis. sesampainya polis yang misai nya sumpah tebal cota, kesemua sekali dia angkut ke balai. mana ada, semua kena mintak kad pengenalan je. lepas tu mula la dia bisingbising semua.

seronok permainan ni kalau kena dengan kawankawan yang satu kepala. kepada sesiapa yang lepas baca post atau blog ni lalu meyebut "Eee, tahpape", "Okay, whateverrr", "Eleh, game bodoh", atau seantero dengannya, baik korang pergi jumpa doktor, suruh betulkan saraf sense of humour korang. kalau doktor takde, pergi hospital gila, check in. atau beli pil penaik hormon kat farmasi. sebab permainan ni betulbetul seronok. cuba lah.

4 comments:

  1. ha ha ha ha ha...mmg..ko tulis sebiji mcm ko ckp..eeiii..rase mcm nk potong rambut ko lepas bace blog ni..hahahahaha

    nani

    ReplyDelete
  2. HAHAHA. aku tak sempat main dgn korg. tapi aku tau ah camne cara main dia. sapa tah cita kt aku dulu, kau kot. wei bila nk lepak!?

    ReplyDelete
  3. weeiii hairi rindu doh main game ni!!! bodo gila game ni pnah buat aku kenc dlm sluar hahahaha.

    80

    ReplyDelete
  4. jom la satu hari kita main galah butoh ni. seronok dohh!

    ReplyDelete