20090310

Matamata.

Pernah tak masa korang baru nak sampai satu kedai mamak untuk lepaklepak dengan 2 atau 3 orang kawan korang, masa nak sampai kedai mamak tu, korang rasakan macam seluruh customer kat kedai mamak tu pandang korang dalam satu masa?

itu lah matamata.

penyakit ni khas di turun kan Tuhan untuk orang lelaki melayu sebab mereka la paling ketara. kebanyakan orang melayu suka sangat menyibuk hal orang lain padahal mereka langsung takde kena mengena dengan huha yang terjadi semasa itu. antaranya :


  • kemalangan jalan raya - mereka akan perlahankan kenderaan yang mereka tonggang atau pandu hanya untuk tengok apa yang jadi kepada orang yang kemalangan itu tapi tak buat apaapa selain memoncongkan mulut atau menyalin nombor plat kenderaan yang kemalangan tu untuk main nombor ekor. bodoh, kan?
  • pergaduhan - mereka sanggup berlari lalu membuat bulat keliling orang yang gaduh tu tapi tak cuba untuk selesaikan pergaduhan itu sebalik nya mengapiapikan sebelah pihak atau keduadua nya sekali kerana kat kampung diorang dulu suka sabung ayam, sebab tu bila masuk bandar tu macam seronok tengok ayam besar pulak gaduh. paraok yang area belakang tu lagi gempak sebab diorang lagi suka bawak keluar telefom bimbit diorang lepas tu rakam aksi sabung ayam versi besar tu.
  • jakon - ini bahagian yang paling best sebab mereka dalam golongan ni, culture shock seumur hidup diorang. diorang nampak benda pelik sikit, diorang akan tengok sampai benda tu hilang.
kenapa nak sibuk hal orang lain yang takde buat pasal dengan korang. dari korang sibuk ikut benda tak betul yang diorang buat tu, baik korang buat hal sendiri dan simpan mata korang. jangan tengok orang lamalama sebab benda tu menjengkelkan tau tak? cuba kalau orang pandang korang lamalama, mesti korang rasa pelik atau panas sebab korang tertanyatanya kenapa orang tu pandang korang lamalama. lagi teruk kalau dia pandang kau atas bawah; bilabila masa boleh berentap. kalau pandang setakat nak pastikan tu orang yang kau tunggu atau orang yang kau benci, boleh, tapi jangan lebih dari 1-2 saat.

aku paling tak suka kalau ada matamata kat tempat aku pergi. betulbetul menyampah. aku bukan nak kata orang pandang aku sebab aku hot ke apa ke. aku normal je. tapi aku tak faham apa yang diorang pandang lamalama. rambut aku tak mohawk, muka aku tak terencat, bibir aku tak sumbing, leher aku tak pendek, badan aku tak sador (ketulketul), bulu dada tak terkeluar, seluar tak londehlondeh, kaki tak cagu. aku normal, macam orang biasa. tapi matamata ni tak kisah semua tu. asal kau baru sampai je, benda tu macam wajib bagi diorang. mesti nak pandang. faktap.

tetapi,

korang akan wajib di pandang matamata jika korang :

  • pakai pelikpelik
  • bercakap huruhara
  • pandu atau tonggang kenderaan luarbiasa
  • membawa benda jarang dijumpa
  • indah atau hodoh
  • matamata
elakkan berperangai pelik seperti si matamata dan tolong dunia kurangkan penyakit matamata ni sebab aku dan bosan dan menyampah dengan diorang ni. tolong, ya?

No comments:

Post a Comment