20090512

Hyper hydrosis

Definisi : sindrom cepat berpeluh.

Aku mengalami sindrom ini dari bapak kau. mainmain je. dari bapak aku.

semasa aku kecil aku pelik kenapa semasa bapak aku di rumah, dia akan membawa sapu tangan ke hulur ke hilir. dia lap air liurnya ke? dia lap hingusnya ke? dia lap keningnya ke? aku berasa sangat geram tapi aku tidak bertanya. aku berlagak poyo untuk cuba mengetahui sendiri penyakit apakah yang membawa sapu tangan ke hulu hilir. selama seminggu aku perhatikan gerakgeri bapak aku sekitar rumah. masa berak tak la.

ada satu masa dia keluar untuk menjemput mak aku di tempat kerjanya. dia tinggalkan sapu tangan yang selalu di pegangnya. tapi bawa sapu tangan baru. lantak la.

aku periksa sapu tangan yang dia tinggal kan di dapur. basah!

aku perah, tak menitik.


aku hidu, tak ada bau.

aku jilat, mana ada, tipu je.

baru aku tahu yang sebenarnya tapak tangan bapak aku cepat berpeluh. aku mula faham dan aku tak bertanyakan apa pun kepada dia. dan sejak hari tu, aku perasan yang kakak dan abang aku pun ada penyakit sama. tapi tak teruk sangat. cuma peluh biasa.

sambil aku meningkat usia, aku perasan yang aku pun ada penyakit yang sama. aku cuak. aku takut. aku tamoh mati awal. aku tamoh makan, mandi dan berak di hospital. satu hari semasa mencari vcd lucah pakcik aku yang dia sorok di stor, aku tergerak untuk membaca satu suratkhabar bahagian kesihatan.

Sindrom Hyper Hydrosis.

tajuk suratkhabar muka depan. berserta gambar tangan dan kaki. yang basah.

aku mula membaca dari huruf pertama sampai noktah terakhir.

aku mula faham tentang penyakit yang bapak aku turunkan kat anakanak nya. ianya bukan penyakit. cuma sindrom. tak mati. tak payah check in hospital. tak payah makan jamu. aku berasa lega. lepas buang air kecil. aku mula biasakan diri dengan sindrom ini. masa itu aku mula teringat balik kenapa waktu aku menulis karangan, kertas kajang beralun. kenapa tisu yang aku genggam boleh jadi basah. kenapa tangan aku melekit bila tengahhari.

aku tak menganggap sindrom ini sebagai beban atau masalah. tapi aku selesa, dan merasakan aku macam the flash. aku istimewa. aku bukan freak. the flash lari laju, tapi aku berpeluh laju di tangan.

tapi aku rasa kurang keyakinan bila bergaul dengan orang. aku takut orang tak suka orang yang tangan berpeluh. "spesis apa kau ni?". ayat yang biasa aku dengar, tapi aku balas dengan senyuman. orang kata peluh ni busuk, kepam, masam. tapi aku bukan begitu. tangan aku tak busuk walaupun berpeluh sangat sampai boleh penuhkan satu gelas. aku tetap jaga kebersihan. aku wangi. aku hot. lebih2 plak.

ya, tangan dan kaki aku cepat berpeluh. kalau korang rasa aku pelik, silakan. kalau nak minum penampar. aku normal la bodoh!

dan ya, tangan aku berpeluh semasa menaip entri ini. hee =]

9 comments:

  1. HAHAHAHAHA. bodoh aku pecah perut. weh kau perasan tak skrg panas gila? tapak tgn aku non stop gak melekit skrg. sial ah. lekit je, tak basah lg mcm kau. btw, kau update blog dari mana? segi? cc? rajin online bang.

    ReplyDelete
  2. haha.relax la.ramai kot orang berpeluh macam tu.even it runs in my family too.but in other way.hahah.tak sama macam u.but still sama la,peluh berlebihan.hahaha! chill.kita ada syndrom sama.hahahaha! ;p

    ReplyDelete
  3. kau nak tahu housemate aku dua orang ada sindrom macam kau. diorang bijak okay.

    ReplyDelete
  4. hahaha
    aduh sakit perut ketawa riang
    anyway....cepat peluh itu sexay
    haha

    ReplyDelete
  5. aku mula fikir apa guna sejam tutup lampu 28 haribulan hari tu. aku rasa sekarang ni musim sleveless hour lagi bagus. semua nak berpeluh je.

    ReplyDelete
  6. btw, aku update kat banyak2 tempat. skrg ni tgh atas motor ontheway balik rumah.

    peluh itu sexay? hahaha. jangan pelik kalau i ada no fon you. hahaha.

    ReplyDelete
  7. " tapi aku selesa, dan merasakan aku macam the flash. aku istimewa. aku bukan freak. the flash lari laju, tapi aku berpeluh laju di tangan."

    HAHA. Hairi sot.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete