20090313

Galah butoh.


Aku bukan nak mencarut dalam blog aku, tapi kalau nama kawan kau Sarpukki A/L Sarawangi atau Tay Tek Chun, kau kena sebut jugak, kan?

aku nak perkenal kan kepada korang satu permainan tradisional baru. berunsur tradisional tapi rekaan baru. macam kuih bahulu dalam mesin vending air tin. mungkin korang dengar je nama ni korang rasa macam malas atau tak ambil port sangat bendabenda lama macam ni. tapi sebab kebosanan kawankawan aku dengan benda moden, permainan yang dulu nya hanya di main kan paling kerap di kampung selain sabung ayam dan judi, kini menjadi Wah! dan Uish!.

permainan ini berkonsepkan galah panjang tapi korang boleh pilih manamana garisan yang berunsur segi empat seperti galah panjang. tetapi setiap garisan mesti menyentuh setiap garisan yang ada. nanti aku bagi tau kenapa. korang boleh pilih dari court badminton, court tennis. dua tu je. sebab dua tu je court yang garisan dia bersambung dengan garisan yang ada dalam court tu. sepak takraw tak boleh sebab ada bulat kat tengah. court basketball tak boleh sebab nanti budak cina marah kau amik court diorang. keseronokan permainan ni bergantung kepada ramai mana dakdak yang kau ada. lagi ramai lagi meriah.

cara permainan ini beroperasi ialah kejar mengejar. tapi takde benda 'twit' tu, tak boleh duduk, tak boleh lari. ya, kejarkejar galah butoh ni tak boleh lari. mampos la kau berpeluh macam sazali samad ke, malik nor ke, kau kena lari jugak kalau tamoh jadi pengejar. undangundang nya:
  • pertama, korang tak boleh lari. semua tak boleh lari. kalau kau jalan macam pelari kenya tu boleh la. tu jalan laju. ni kalau berjalan tapi kaki nak kepak lebarlebar, pergi jahanam.
  • kedua, korang akan lari atas garisangarisan yang ada kat court tu. sebab tu aku cakap korang kena cari court yang garisangarisan nya bersambung dengan semua garisan yang ada. jadi, korang boleh pilih laluan yang korang mahu sambil di kejar polis. takde ar, di kejar si pengejar tu.
  • ketiga, korang tak boleh undur. korang mesti jalan kehadapan. sebaik kau pilih garisan untuk di lalui, korang tak boleh patah balik. dan jika korang tiba di simpang empat ke, tiga ke, korang tak boleh pilih laluan yang korang lalu tadi. korang mesti pilih laluan yang baru.
  • keempat, jika si pengejar tu sep kau, kau jadi la. kau pulak kejar. tapi kena tunggu semua orang ambil posisi masingmasing dulu.
begitu lah seterusnya sampai korang penat atau sampai polis datang. kerana aku pernah main permainan ni dengan kawankawan aku kat satu taman area rumah kawan aku. sebelah rumah dia betulbetul padang tapi ada court badminton. kita main pada pukul 3 atau 4 pagi macam tu, sampai ada salah satu jiran sakit hati tak dapat main sekali agaknya, telefon polis. sesampainya polis yang misai nya sumpah tebal cota, kesemua sekali dia angkut ke balai. mana ada, semua kena mintak kad pengenalan je. lepas tu mula la dia bisingbising semua.

seronok permainan ni kalau kena dengan kawankawan yang satu kepala. kepada sesiapa yang lepas baca post atau blog ni lalu meyebut "Eee, tahpape", "Okay, whateverrr", "Eleh, game bodoh", atau seantero dengannya, baik korang pergi jumpa doktor, suruh betulkan saraf sense of humour korang. kalau doktor takde, pergi hospital gila, check in. atau beli pil penaik hormon kat farmasi. sebab permainan ni betulbetul seronok. cuba lah.

20090312

Satria mamak.

Pemain bola mensepak bola kedalam jaring gol. Sorak!!!
Pemain bola mensepak bola jauh lari dari gol. Kapak!!!

Itu lah apa yang jadi sebentar tadi dan harihari perlawanan sebelum ni yang kelakar dan menghiburkan aku. semangat penyokong bola sepak kat area sini memang gempak. aku tabik semangat kental korang menyokong bola sepak kegemaran masingmasing. dan keberanian mengkritik serta mancarut korang yang cakap tak nak kuat plak. padahal aku tak faham rasional nya memaki pemain kegemaran korang sedangkan mereka tak dengar apa pun korang cakap. kebodohan melanda. bila pemain menjaringkan gol, mula lah kau menjerit pekik lolong 'gol, gol!' macam orang hilang mak. bila pemain lain raba bontot pemain kau sikit sampai jatuh, 6 kamus maki hamun kau sebut. aku tak faham konsep kritik dan puji yang korang sebut kan sepanjang perlawanan berlalu. kalau betul kau peminat setia atau orang kata kau lah penyokong paling ulung dan agung kepala hotak kau kat dunia, kenapa kau nak marah dan maki hamun diorang. korang memang tak boleh terima kesilapan sikit ke apa? kalau la diorang boleh dengar apa yang korang maki kan, aku rasa dah terbalik meja ane mamak tu pastu muka korang ada tapak kasut 8 stat.

pemain bola dia terlepas bola.
slopek : apa la kau main macam bodoh! tak reti main pergi tuisyen dulu la! kejar bola tu balik la, pondan.

pemain bola dia terjatuh.
slopek : kau melancap 7 kali sehari ke apa?! lari macam pondan baik jadi linesman la! kau nak tgk kaki aku melekat kat tengkuk kau lepas ni, kau cuba la jatuh lagi.

pemain bola dia menjaringkan gol.
slopek : you're the man! sumpah kau gempak!

kepala bapak kau.

perangai sebegini baik duduk hutan lipur ke apa sebab semangat sokongan yang naik turun begini memang kalau boleh di hapus kan kerana tiada semangat kesukanan. aku bukan presiden kelab sukan negara tetapi apa aku ingin sampai kan dalam post kali ini, bina lah semangat kesukanan walau apa pun yang di perjuangkan oleh seseorang pesukan. bukan suka hati maki hamun macam diorang tu tukang cebok kau. dari korang habis kan masa maki hamun caci maki dan tomahan cepatkilat, baik diam dan minum air korang. itu cerita pasal kejuaraan bola sepak antarabangsa. korang boleh bayangkan kajuaraan bola sepak negara yang diorang tak sokong langsung tu? aku rasa ada pemain malaysia yang kena santau.

hormat lah.

aku tak minat bola sepak.
korang kutuk sebab aku ada pendapat?
pergi mampos!

20090310

Matamata.

Pernah tak masa korang baru nak sampai satu kedai mamak untuk lepaklepak dengan 2 atau 3 orang kawan korang, masa nak sampai kedai mamak tu, korang rasakan macam seluruh customer kat kedai mamak tu pandang korang dalam satu masa?

itu lah matamata.

penyakit ni khas di turun kan Tuhan untuk orang lelaki melayu sebab mereka la paling ketara. kebanyakan orang melayu suka sangat menyibuk hal orang lain padahal mereka langsung takde kena mengena dengan huha yang terjadi semasa itu. antaranya :


  • kemalangan jalan raya - mereka akan perlahankan kenderaan yang mereka tonggang atau pandu hanya untuk tengok apa yang jadi kepada orang yang kemalangan itu tapi tak buat apaapa selain memoncongkan mulut atau menyalin nombor plat kenderaan yang kemalangan tu untuk main nombor ekor. bodoh, kan?
  • pergaduhan - mereka sanggup berlari lalu membuat bulat keliling orang yang gaduh tu tapi tak cuba untuk selesaikan pergaduhan itu sebalik nya mengapiapikan sebelah pihak atau keduadua nya sekali kerana kat kampung diorang dulu suka sabung ayam, sebab tu bila masuk bandar tu macam seronok tengok ayam besar pulak gaduh. paraok yang area belakang tu lagi gempak sebab diorang lagi suka bawak keluar telefom bimbit diorang lepas tu rakam aksi sabung ayam versi besar tu.
  • jakon - ini bahagian yang paling best sebab mereka dalam golongan ni, culture shock seumur hidup diorang. diorang nampak benda pelik sikit, diorang akan tengok sampai benda tu hilang.
kenapa nak sibuk hal orang lain yang takde buat pasal dengan korang. dari korang sibuk ikut benda tak betul yang diorang buat tu, baik korang buat hal sendiri dan simpan mata korang. jangan tengok orang lamalama sebab benda tu menjengkelkan tau tak? cuba kalau orang pandang korang lamalama, mesti korang rasa pelik atau panas sebab korang tertanyatanya kenapa orang tu pandang korang lamalama. lagi teruk kalau dia pandang kau atas bawah; bilabila masa boleh berentap. kalau pandang setakat nak pastikan tu orang yang kau tunggu atau orang yang kau benci, boleh, tapi jangan lebih dari 1-2 saat.

aku paling tak suka kalau ada matamata kat tempat aku pergi. betulbetul menyampah. aku bukan nak kata orang pandang aku sebab aku hot ke apa ke. aku normal je. tapi aku tak faham apa yang diorang pandang lamalama. rambut aku tak mohawk, muka aku tak terencat, bibir aku tak sumbing, leher aku tak pendek, badan aku tak sador (ketulketul), bulu dada tak terkeluar, seluar tak londehlondeh, kaki tak cagu. aku normal, macam orang biasa. tapi matamata ni tak kisah semua tu. asal kau baru sampai je, benda tu macam wajib bagi diorang. mesti nak pandang. faktap.

tetapi,

korang akan wajib di pandang matamata jika korang :

  • pakai pelikpelik
  • bercakap huruhara
  • pandu atau tonggang kenderaan luarbiasa
  • membawa benda jarang dijumpa
  • indah atau hodoh
  • matamata
elakkan berperangai pelik seperti si matamata dan tolong dunia kurangkan penyakit matamata ni sebab aku dan bosan dan menyampah dengan diorang ni. tolong, ya?

20090302

Rumah kedua semua orang.

Semua orang pernah mengalami zaman sekolah dan aku yakin itulah zaman paling huruhara dan indah dalam hidup korang, kalau korang tak buat masalah dengan kawankawan di sekolah seperti cakap busuk atau berbau peluh. buat masalah dengan cikgu tu wajib. itu lah tempat di mana korang date dengan kawankawan dari isnin sampai jumaat. di mana korang berpesta sambil pergi kantin dan toilet setiap habis satu matapelajaran. terutamanya semasa tingkatan 5.
SPM? pergi mampos.

St John Institutions, Kuala Lumpur.
motto sekolah :

5 E semasa UPSR sekolah rendah st john pun automatik diterima masuk.


ramai kawankawan aku dari sekolah rendah st john satu dan dua masih lagi di sekolah ini sehingga tingkatan 5. segelintir lagi, monyet hutan simpanan kat menara kl culik. banyak perkara yang tak dapat dilupakan semasa di tingkatan 4 dan 5. aktiviti harian, bahan orang, lari dari cikgu disiplin, langgar peraturan, pergi kantin dan toilet, lepak merata di sekolah.

aktiviti pengetua, jalanjalan sambil pegang rotan dan menyuruh sesiapa yang memegang botol air, tak kira mak kau bawakkan ke, kau beli kat makcik golem kat kantin ke, kau curi cina punya ke, si tua itu akan suruh korang buang. ya, buang. tepukan kepada si keldai tua dari sekolah jinjang. dia pelat. pelat yang pelik. macam mengunyah tahi semasa bercakap.
ayat yang ingin disampaikan, 'masukkan baju kedalam seluar'. ayat pertama yang korang akan sebut semasa si tua ini tegur korang ialah "ha?". lalu dia jalankan tanggungjawab nya, mengulang ayat pelat yang sama dan korang akan tetap "ha?". kerana apa yang korang dengar ialah 'masukkang patju kettalam swluar.' tetapi babak kegemaran aku tentang orang tua ni ialah semasa menyanyikan lagu Negaraku semasa perhimpunan. mulutnya akan terkumatkamit seperti mencarut dengan perlahan. si tua ni tak reti nyanyi lagi negaraku!! aku rasa bunyi yang dihasilkan jika microphone disodokkan ke dalam mulutnya ialah "Nerakaku, tanak sumpah ya salahku.." dan setiap hari aku akan tersenyum kerana dia cuba sorokkan ketidaktahumenyanyiannya dengan memandang kiri dan kanan.
ya, pengetuaku hot-to-go.

brother lawrence.
dia tidak bersalah tetapi aku ada satu fakta terhadap dia. dia mengambil masa setengah jam untuk berjalan pada jarak 100-150 meter. daripada korang kira pada kalkulator berapakah kelajuannya pada kilometer per jam, baik korang hayun kalkulator pada tengkuknya. jangan risau, dia akan mengambil masa 5 saat untuk toleh belakang.

penyelia tingkatan 5. ya, sesiapa yang tahu, korang mesti tersengih teringatkan punggungnya yang songsang. serius. dia lah yang selalu kejar aku dan kawankawan aku jika ternampak aku melepak bukan dikelas, iaitu di merata sekolah. kantin, au2, concourse, toilet. aku sumpah tak faham konsep bontot dia yang pelik. macam jatuh. loyot. aku tak tahu macam mana dia boleh hidup dengan bontot macam tu. nak berak, nak duduk makan, sumpah payah. bini dia doggy dia. tetapi kalau dia rotan, baik korang gigit meja ke, gigit marker ke, sebab sakit dia aku dah lupa nak rate macam mana. ekstrem. dia ada darah barbarian. dia kejam. penyeliaku sexyback. yearghh!

vijaya? kau nak aku maki apa lagi. dia umpama tong gas terbakar yang suka cari salah orang. maki hamun semua kaum padahal tak sedar hitam sambil bau mulut kau merayap di koridor ku bau. cabaran fear factor terbaru, selitkan jari anda di tengkuk vijaya. dan bau. kalau korang tak pengsan, korang kena kahwin dengan dia. tapi dia laju. jalan laju, cakap laju, rotan laju, berpeluh pun laju. dua surat amaran di layangkan di muka ku kerana rambut ku lebih panjang dari dia. duadua aku sorok dari ibuku. kasut jack purcell aku memang warna off-white (cream), dia suruh aku kapur kasi putih sebab kotor. kepala hotak kau. meh aku kapur kau satu badan, aku simen sekali, hantar batu caves, nak? letak sebelah patung emas.

makcik kantin tua yang comel dan kecik seperti golem dan pembantunya si bibik yang samseng.
si golem ni aku rasa dah nyanyuk sebab dia slow macam lawrence tapi ada hati nak kerja kat kantin. kalau rehatrehat kat rumah pegang kipas kan bagus. kawan kelas ku, irfan, menganjing si golem dengan gulagula hacks. hayati aksi nya.

irfan : eh nyonya, kasi hacks dua posen.
golem : mau belapa? dua pocen ar? (sambil seluk tin hacks lalu hulur 4 biji hacks)
irfan : eh saya kata mau tiga posen la..
golem : eh lu cakkap betoibetoi mau belapa. tadi cakkap dua pocen.. (sambil seluk lagi dua biji hacks)
irfan : eh saya nak seposen je la, buat apa banyak2 ni.
golem : lu mau beli ka tamau beli! tadi cakkap mau tega pocen sikalang saya sudah ammik annam lu mau beli sepocen sajja kannapa!
irfan : eh aku nak beli cokicoki la. kau pergi amik hacks buat apa..
golem : lu cilaka aa!! mau beli ka tamau beli cakkap betoi aa!! tadi gula wa sudah ammik sikalang mau coki, tamau beli lu belambus aa!!
irfan berjalan pergi sambil berdekik dah berbahak.

kedai nasi campur makcik hujung disinggahi lahanat dan paraok yang menyorokkan sambal kentang di bawah telur. ada yang makan dulu, bayar bila makcik tu dah pegang pisau sambil tersenyum.

pondanpondan koperasi di ngorat untuk mengalihkan perhatian mereka supaya dapat mencuri barangbarang sekolah.

tetapi sekolah ini mempunyai satu makhluk yang hebat. bermukakan babi dan berbadan anjing. ya, itu lah bajing. kuat menyalak dan lagi samseng dari rottwailer. lelehan air liur ghairah serta kaki kontot yang laju, cukup untuk menangiskan budak tingkatan 1.
bajing, hero anjing sekitar bukit nanas. awas! teng teteeeennnggg!

terlalu banyak untuk di tulis mengenai kelakuan serta perangai budak st john yang tidak senonoh. satu tahun penuh keseronokan. di situ bermulanya persahabatan yang terjalin sehingga hari ini. apa aku tulis macam gay ni. tapi apapapun, aku seronok ada kawan sebegini. kerana mereka, warnawarni hidup jadinya, porakperanda telefon aku berbunyi, kenakekah rokok aku sehingga kini, keringkontang poket ku ke cc, beranakpinak dosa ku sendiri, huruhara rambut ku kini. wah, ada rhyme kan. kawankawan serta janda ku disekolah lain, korang pun the best. walaupun ada yang cakap aku pendiam la, malumalu la, time sekolah dulu, fakof, aku dah besar sekarang. jom lawan bahan. di bawah ini kusertakan bukti perangai tak senonoh kawankawan ku.

Keputusan SPM mereka tidak melebihi 2 A.