20100701

Oligo sap mai tlo

Post kali ini mungkin memakan masa 2 hari untuk habis baca dan mungkin post paling panjang pernah ditulis jadi sila sediakan popcorn dan kerusi malas untuk terus membaca.

Hari tu gerak kuantan dengan budak office aku sebab kena handle booth kat jom heboh. siapa tak nak pergi dohh; dapat pergi pantai, dapat makan sedapsedap, dapat elaun. orang bodoh macam pak pandir je tamoh pergi.

part handle booth tu tak payah cerita la. bosan. aku nak cerita pasal orangorang muda kat kuantan. aku define dalam dua ayat je.

sumpah macamanjing.

malam pertama masa nak makan malam, kebetulan match brazil lawan portugal. aku sokong brazil so aku bawak la jersi brazil. malam tu tak mandi, tak gosok gigi, terus tukar baju dalam kereta masa traffic jem. semangat tak semangat ar ann.

lepas tu sampai kat satu tempat ni kononkonon macam hartamas square ar. penuh dengan budakbudak muda yang budget groovie funk cool buto. aku lupa nama tempat tu. tak silap aku hotlink square macam tu la.

sampaisampai je aku pun cari la tempat duduk sebab aku paling depan. sambilsambil aku jalan kat tengahtengah square tu cari tempat duduk nak tengok bola, aku perasan yang dekat semua orang kat situ pandang aku macam la bulu ketiak aku terkeluar dari lengan jersi aku. aku pun terus jalan je la sambil cari tempat duduk. makin lama aku jalan, makin tak selesa aku jadi. sebab diorang tak stopstop pandang. dalam hati aku macam, 'eh kimak, aku masuk kat tempat fan portugal ke apa'. sebab tak selesa sangat, aku pun terus lintas tempat tu pergi kedai sebelah.

sampai je kedai sebelah, kawan aku tibatiba cakap kat aku,

polan : kenapa semua orang kat situ pandang kau macam tu?
aku : aku tak sure. mungkin sebab aku kentut kuat sangat sampai merecikrecik kot.

tapi yang peliknya, aku tak nampak sekor pun monyet yang pakai baju portugal. aku ingatkan perangai aku ni memang kuat perasan, rupanya tak. diorang tu yang batak.







esoknya, gerak sure heboh tengahhari lepas tu terus lunch kat teluk cempedak. part ni yang aku seronok nak cerita. sebab ada pantai. haaaaaaaaaa, pantai beb. beb, pantai, beb. beb, pantai, beb. beb. beb, pantai. beb, pantai, beb. beb, pantai, beb. pantai!

sorry la, aku memang batak pantai sikit. kat KL mana ada pantai. pantit ramai ar. banyak kat changkat. try ar beli satu.

aku memang seronok gila kalau ada orang ajak aku pergi kat area pantai. seronok pe; angin kuat, langit lebar, pasir bersepah, boleh mandi laut, tangkap buaya. tak kisah la pantai mana, aku redah je.

masa kat teluk cempedak, sempat jugak aku buat bendabenda tak senonoh. macam ni ha.

mengendap orang mandi bogel

bodek anak bos mintak naik gaji

jadi orang utan jap

seronok la gila dapat bergayut kat tali ni. sumpah layan. bukan selalu dapat naik. aku seronok sangat naik benda ni sampai aku propose kat bos suruh letak tali ni sebijik dalam office. time recess boleh gayut an.

lepas makan, gerak jom heboh balik. nak kena check booth okay ke tak, ada yang koyak ke tak, ada yang pregnant ke tak. ada jugak benda tak senonoh aku buat kat sana. tak semenggah. gatal. banyak.

menyemak masa member aku nak amik gambar booth yang dia design

jumpa Picasso
(kerja mamat ni ialah membuat gambar korang
terpacul dalam template surakhabar harian metro
dan menjualnya dengan harga rm10. wtf?)

mengorat promoter Oligo

gambar sempat amik, tapi nama tak tau. pecah rahsia aku yang aku ni pemalu. hmmh.

malam tu plak masa nak dinner kat tempat ikan bakar paling loyon kat tanjung lumpur, aku ternampak scene bulan tertenggek atas laut macam cun je. aku amik camera, try tembaktembak.

tembakan pertama
(macam siang dan lancau kan?)

tembakan kedua
(masih tak cukup hebat)

tembakan ketiga
(lepas bulan menyorok dan ketiak melecet)

ha, boleh la.

sorry ye, penciplak, gambar aku memang tak lawa dan semuanya low-res. jangan mawah =]

tapi masih tak cukup lebat. kawan aku guna camera yang lain sikit tapi resultnya 200 kali lagi puas hati dari apa yang aku tembak ni. lantas membuat aku memasukkan satu lagi item dalam shopping list aku; camera power =D

20100624

Coli ketat

Dulu aku selalu tak dapat apa yang aku hajatkan sangat. bila nak dekat dapat je, ada je benda sailang. kadangkadang jauh dari dapat pun dah kena pangkah. tapi aku tak salahkan siapasiapa.

aku cuba pujuk diri aku sabar. tapi lamalama ada jugak sampai tendang pintu. lepas tu sabar balik. lepas tu tendang pintu jiran plak.

takpe, semua benda ada hikmah.

lama kelamaan, benda yang aku hajatkan duludulu, datang sikitsikit. walaupun hajat dah 3 tahun tapi sekarang baru dapat. takpe, syukur alhamdulillah.

aku usaha, usaha, usaha, usaha, usaha, ketiak dah basah dah ni, usaha, usaha, usaha, usaha, usaha, banyak plak benda yang dihajatkan dulu mencurahcurah jatuh kat kening.

mula la seronok, fikir nak tu nak ni plak.

tapi dalam banyakbanyak hajat tu banyak jugak yang aku lepaskan. nak buat macam mana, rezeki orang. takpe, pelanpelan kayuh. tak dapat yang sebijik macam apa aku hajat, dapat yang serupa pun jadi la. macam mengidam mentos tapi dapat petai.

baru la aku sedar usaha tu penting. tak kira payah mana, jangan berhenti cari usaha. air ketiak meleleh sampai peha pun usaha jugak. makin banyak korang usaha, makin cepat tangga kejayaan tu tukar jadi escalator.

masa korang pandang balik apa yang korang usahakan untuk dapatkan sesuatu, masa itu la korang nampak keupayaan diri melebihi tahap sendiri. macam video klip noh hujan masa dia tengah seronok yaw yaw check one two dulu.

motivasi penting. usaha lagi penting. so, jom berusaha.








tak lama lagi =D

20100616

Whoah?!

Aku pun terkejut jugak sebab sekarang aku dah mula suka membaca.

yang paling best skrg aku dah mula membeli buku yang aku nak baca.

siap plan 2-3 minggu sebelum nak beli.

siap mimpi pasal buku tu lagi.

dulu aku meluat tengok buku tebaltebal. aku menyampah mengadap semua perkataan dah huruf yang panjang lebar dalam buku. rasa mcm kalau aku nampak kat manamana je buku tebaltebal macam tu aku rasa nak bakar on the spot. tak kira ar kat rumah member ke kat kedai buku.

dulu kalau tengoktengok dalam kedai buku, aku tak pergi kat bahagian novelnovel yang tebal tu. aku cukup menyampah.

dulu aku suka buku yang ada gambar je. tak kira la takde tulisan langsung ke apa, asalkan ada gambar.

tapi sekarang. dah lain. hairi dah lain.

sekarang aku dah mula membaca buku tebaltebal yang aku rasa nak bakar dulu. aku dah mula seronok bermain dengan imaginasi aku yang melilau masa aku teliti setiap ayat dalam buku tu. aku selalu dengar orang cakap 'dengan membaca, kita boleh merantau ke tempat yang kita tak pernah sampai'. betul kata diorang. tapi kalau ikutkan katakata ni, memang aku takkan baca buku pasal pocong dan hantu tetek.

sekarang aku dah mula habiskan masa 20-30 minit di bahagian novel di kedai buku. aku dah mula belekbelek buku untuk tengok preview buku tu. aku dah boleh keluar duit untuk buku yang aku rasa berbaloi kalau aku beli.

antara sebabsebab kenapa aku dah mula membaca.
  • buku tu sebaris dengan peristiwa sebenar atau berdasarkan mitologi yang betul dan cerita yang terlampau fiksyen (kisah perang dunia ke 2, kisah ketuhanan greek)
  • entiti dalam cerita (elf, dwarf, hobbit, orc, sargeant john basilone, capten john miller, zeus, hades)
  • berkait dengan realiti (game, movie)
  • dapat belajar perkataan klasik/ rare/ poetic (midst, akin, albeit)
  • nampak cool dan bijak

endahkan poin terakhir tu.

apapun aku suka dengan perkembangan diri aku yang dah boleh terima benda yang pada awalnya nampak macam bodoh tapi sebenarnya banyak kelebihan. aku ni jenis ignorant sikit tapi boleh terima perubahan positif dengan baik. nak kongsi benda sikit dengan korang. buku ni best wooooo

baru baca setengah. lusa habis ar.

20100615

Badminton atas katil.




Selamat pengantin baru, din & kin (sorry aku tak tau nama bini awak yg penuh sebab kad kahwin kau aku baca depan je) 2 hari lepas kawan aku ni naik pelamin dengan mak pengantin pompan. takde la, dgn pengantin pompan. lepas ni mungkin kurang lepak dengan member sebab mesti pemikiran dah menjurus ke perihal rumah tangga. finance, rumah, kenderaan, anak, penampilan. dah takde dah bendabenda belakang kubur lagi (hehehe). hampir semua membermember rapat aku turun nak tengok gorila naik pelamin tapi ada jugak yang tak dapat atas sebabsebab yang masuk akal. setakat 'aku ada futsal doh' tu tak dapat ar. memang aku selipar pipi diorang. lepas makan kenyangkenyang, layan badminton kat rumah kawan aku plak. lepas tu tennis. lepas tu pingpong. lepas tu go kart dan rock climbing. dah byk sgt la plak. go kart dgn rock climbing tu sembang je.
kredit kepada farah nashrina, tuan punya camera. thanks, dude.


20100425

super stupid sad smiling sickness


Abaikan tajuk. aku poyopoyo je tu. apa aku nak cerita lagi penting.

semalam konvokasi semua budakbudak yang sama badge dgn aku masa intake july 2007. semua.
s, e, m, u, a.

aku seronok tengok diorang pakai baju kelawar dgn topi petak sambil bergambar dan bergaya. kat tangan diorang ada sijil bergulung warna biru yang bermakna seribu kata. eceh, mcm lirik lagu p ramlee.

aku seronok tengok semua orang yang dulu satu kelas dengan aku masa semester 1 dulu. ponteng kelas samasama, gelakkan lecturer samasama. banyak benda baik buruk jadi kat kitorang.

tapi part yang paling seronok patutnya berlaku semalam. masa semua orang naik stage untuk terima sijil. ya, bapak dan nenek serta orang gaji pun naik. gurau la. pelajar je.

aku patut datang semalam dan ada la 2-3 kerusi reserved dalam dewan tu untuk mak bonda dan papanda duduk sambil saksikan anak bongsunya yang sakai terima sijil sambil tersengih dan kalau terer sgt jatuhkan air mata.

tapi , , , maaf, kehabisan idea untuk menulis.

20100419

Kunci & Muat

Siapa yang pelik dan tak suka game, ni bukan post yg sesuai untuk di baca.






aku sebenarnya ada assignment flash nak kena buat sebab nak kena present lagi 3 hari. tapi takpe la, aku nak luang masa sikit untuk kongsi first person shooting (FPS) game yang paling bagus dari segi semua aspek yang boleh di nilai.

Call of Duty 4: Modern Warfare

di bandingkan dengan semua banyakbanyak game FPS yang aku pernah main sebelum ni macam counter-strike yang confirm ramai lelaki macam aku pernah sangap masa zaman CS ni (dulu balik sekolah kat poket ada seringgit pun sanggup jalan pergi cc sebab nak tunjuk terer), half-life, quake, left 4 dead, battlefield, medal of honor, call of duty (sebelum modern warfare ni), dan ada few yang aku tak ingat, modern warfare ni banyak kelebihan dari segi gameplay dan graphic dan lainlain. main single player sonok, main ramairamai lagi sonok.

dulu aku suka main game FPS yang world war 2 sebab aku minat sejarah WW2. dan aku suka bidang ketenteraan dari kecik lagi. tapi sejak dapat rasa senjatasenjata moden dalam modern warfare ni (d'ouh), makin sonok plak sebab siapa yang tak suka kemodenan kan? semua benda moden buat hidup kita senang dan malas.

sekarang ni aku sangat ketagih game ni untuk dimain di cc bersama dengan kawankawan ramairamai sebab ianya sonok. buat masa ni aku harap ada orang tengah buat modern warfare 2 untuk pc plak sebab untuk ps3 dah keluar. aku lagi prefer main game FPS kat pc instead of console mcm ps3 walaupun ni alasan aku takde ps3 tapi memang pc lagi best.

untuk korang yang suka FPS, aku cadangkan call of duty 4 modern warfare. sumpah menjilat lidah.

20100407

Teribut teribiut

A tribute to my favourite film.
Sukati aku ar!


Amik kau sebijik. biar menjolok mata korang. selain terlalu obses dengan pompan rambut pendek, aku juga melampau obses dengan cerita V for Vendetta sebab skripnya yang menghayun bibir. kalau korang search quotes/ skrip line dari cerita ni kat google, mesti korang toceng time tu gak.

aku sungguh berbahagia sekali pagi ni walau kelopak mata dah sampai kat celah pusat tapi aku mengada nak buat new post jugak. tapi hati suruh sambung baca novel yang baru aku dapat menggunakan kupon rm50 dari MPH bookstore sebab mewakili kolej aku hanya untuk memalukan kolej aku sebab kalah dalam satu pertandingan aneka ragam. mampos la, kalah pun dapat kupon rm50, makan free, bilik hotel support, tapi rokok je yang takde. gulung flyer, bakar. berasap gak an?

sorry eh pembacabaca blog hidup sekali ni sebab aku sedar aku dah lama tak buat new post. ya, adik beradik korang dan binatang di zoo memang tak kisah tapi aku risau sebab aku suka jaga hati orang. aku ni baik. mulut je macam kimak.

but the bottom line is, aku nak cakap yang aku buat new post ni sambil melompat dari atas almari terjun ke tilam dah golek2 masuk bawah katil. sebab.. mmh, malu la. sebab.. hehe. sebab aku sakit perut. takde ar, aku dah berak tadi. tapi sebab, hehe, saya online kat rumah. wuhahaha. yes, yes. aku tau bunyi macam "apa neraka mamat ni?", tapi aku online kat rumah la dohhh. hahaha. selama ni online kat dalam mangkuk jamban je. sebab aku kan bomoh. bomoh mana pakai internet. bomoh pakai tangkal. dia tiuptiup je kemenyan tu tapi ludah kat orang depan dia pastu dapat tau siapa yang hantar saka. get a life la, moh! haven't you heard about 'google'?

pi es, aku tengah dengar barry manilow - cant smile without you. layan dohh. rasa macam nak 5 girlfriend pastu ngorat semua budak pompan india kat blok rumah aku. slurrppp!