20090527

Girlfriend ku si hitam legam.

Ke hadapan adinda ku yang hitam,

pertama-tama sekali kanda ingin mengucapkan "butoh" yang teramat kerana kanda sudah sengsara sekian lama semasa menantikan kemunculan dinda ke dalam hidup kanda. sebab dinda lah kanda makan maggi harihari kat office, kanda terpaksa pao rokok dari kawan kanda, kanda tak keluar berjalanjalan macam kawan kanda, semua sebab satu sebab; kanda ingin mengumpul duit demi kedatangan dinda. akan tetapi kanda tak kisah buat semua tu sebab kanda cintakan dinda macam nak mampos dan kanda super gembira dinda akhirnya akan berada dalam dakapan bulu dada kanda. oh, dindakujandaanakdua!

dua minggu kanda tunggu dinda. dua minggu tangan kanda basah tak stopstop. kanda resah, kanda gembira, kanda tak sabar menunggukan kemunculan adinda. makan mandi lintangpukang sebab fikirkan dinda. kanda tidur lambat, kanda jadi antisosial, kanda rompak kedai (takde la, kanda main2 sahaja), sebab memikirkan tentang adindaku yang hitam berkilat.

dua minggu berlalu, akhirnya kawan dinda kata dinda dah sampai. malam itu juga kanda curi basikal nyonya sebelah rumah dan bergegas ke tempat adinda berada. sesampainya di sana lalu kanda memeluk dan mencium perut dinda tanpa ada orang marah pun. dinda ku yang montok di dalam genggaman ku! akhirnya! whoahhh!

kanda sudah memikirkan tentang apa yang akan kanda belikan dinda. thong warna putih, baju hitam, macammacam la. memandangkan dinda akan bersama kanda selamanya. tidur dengan kanda atas katil kanda, guling2 bersama. tak kisah siang malam bersama, asalkan dapat meramas dan meraba dinda. potongan badan dinda yang menawan dan lagi hebat dari saloma membuatkan kanda sangat giur dan sanggup menganga seharian. leher dinda yang panjang, sangat mengundang lovebite yang beribu. empat puting dinda yang boleh dipusing menaikkan syahwat kanda. oh, kanda tak tahan lagi la dinda! come on, baybehhh! saptlor!

dinda janji dinda akan sehidup semati dengan kanda, okay? kanda sayang dinda. dinda sayang kanda? kanda lagi sayang dinda, dinda tau tak, dinda? alolo, dinda ku janda berhias. mana ada, kan? dinda virgin lagi kan? first hand kan? alolo, muah besar, muah kecil, hug besar, muah besar, hug kecil. kli,kli,kli,kli. aik, geli? alololo. dinda ni shot, eh? makan penampar nak?



dinda, sepanjang kita bersama, tak ada satu pun gambar kita berdua. dalam blog kanda ini kanda nak tunjuk dinda tak pakai baju cuma pakai thong putih je kat orang, okay? dinda jangan malu tau. takpe, kanda tutup mata.


ini lah saat bahagia kita berduaaa. wooooo!!
(adinda ku bukan berbaju biru)

kandinda =]

kandinda lagi =]

peringatan keras :
ini bukan gambar market.


dinda ku, kau teristimewa. tapi sayang, dinda tetek tiada.

nama adinda ku yang tersayang ialah Juno. bapak dia mix jepun, mak dia benggali.

20090512

Hyper hydrosis

Definisi : sindrom cepat berpeluh.

Aku mengalami sindrom ini dari bapak kau. mainmain je. dari bapak aku.

semasa aku kecil aku pelik kenapa semasa bapak aku di rumah, dia akan membawa sapu tangan ke hulur ke hilir. dia lap air liurnya ke? dia lap hingusnya ke? dia lap keningnya ke? aku berasa sangat geram tapi aku tidak bertanya. aku berlagak poyo untuk cuba mengetahui sendiri penyakit apakah yang membawa sapu tangan ke hulu hilir. selama seminggu aku perhatikan gerakgeri bapak aku sekitar rumah. masa berak tak la.

ada satu masa dia keluar untuk menjemput mak aku di tempat kerjanya. dia tinggalkan sapu tangan yang selalu di pegangnya. tapi bawa sapu tangan baru. lantak la.

aku periksa sapu tangan yang dia tinggal kan di dapur. basah!

aku perah, tak menitik.


aku hidu, tak ada bau.

aku jilat, mana ada, tipu je.

baru aku tahu yang sebenarnya tapak tangan bapak aku cepat berpeluh. aku mula faham dan aku tak bertanyakan apa pun kepada dia. dan sejak hari tu, aku perasan yang kakak dan abang aku pun ada penyakit sama. tapi tak teruk sangat. cuma peluh biasa.

sambil aku meningkat usia, aku perasan yang aku pun ada penyakit yang sama. aku cuak. aku takut. aku tamoh mati awal. aku tamoh makan, mandi dan berak di hospital. satu hari semasa mencari vcd lucah pakcik aku yang dia sorok di stor, aku tergerak untuk membaca satu suratkhabar bahagian kesihatan.

Sindrom Hyper Hydrosis.

tajuk suratkhabar muka depan. berserta gambar tangan dan kaki. yang basah.

aku mula membaca dari huruf pertama sampai noktah terakhir.

aku mula faham tentang penyakit yang bapak aku turunkan kat anakanak nya. ianya bukan penyakit. cuma sindrom. tak mati. tak payah check in hospital. tak payah makan jamu. aku berasa lega. lepas buang air kecil. aku mula biasakan diri dengan sindrom ini. masa itu aku mula teringat balik kenapa waktu aku menulis karangan, kertas kajang beralun. kenapa tisu yang aku genggam boleh jadi basah. kenapa tangan aku melekit bila tengahhari.

aku tak menganggap sindrom ini sebagai beban atau masalah. tapi aku selesa, dan merasakan aku macam the flash. aku istimewa. aku bukan freak. the flash lari laju, tapi aku berpeluh laju di tangan.

tapi aku rasa kurang keyakinan bila bergaul dengan orang. aku takut orang tak suka orang yang tangan berpeluh. "spesis apa kau ni?". ayat yang biasa aku dengar, tapi aku balas dengan senyuman. orang kata peluh ni busuk, kepam, masam. tapi aku bukan begitu. tangan aku tak busuk walaupun berpeluh sangat sampai boleh penuhkan satu gelas. aku tetap jaga kebersihan. aku wangi. aku hot. lebih2 plak.

ya, tangan dan kaki aku cepat berpeluh. kalau korang rasa aku pelik, silakan. kalau nak minum penampar. aku normal la bodoh!

dan ya, tangan aku berpeluh semasa menaip entri ini. hee =]

20090502

Keanpa aku kruus.


Otak korang berjenis normal jika dapat membaca tajuk post dan ayat di bawah ini:

"Syaa soernag ynag mupeynai lbeih drai stau kmualean. syaa bloeh mkealet di dnidnig sbimal mlajneit tmuit kkai sneidri dan tngaan ynag skua mrabea phea wintaa tua wualuupn syaa mmupyenai dua jtninaa."

okeh, aku rasa korang tak normal sekarang.

aku nak cerita kenapa aku kurus sebab aku penat dengar orang
bercakap macam tak pernah tengok manusia yang lagi kurus dari aku di afghan, iraq, dan ampang. tapi mungkin sebabsebab yang logik juga. antaranya, aku tak buat badan, aku tak makan whey, aku tak pergi gym tiga kali seminggu, aku tak makan indomie double selalu, aku tak minum soyapisang harihari, aku tak pakai baju ketat kat lengan, aku tak lepak dengan bradorbrador yang sador, aku tak pakai baju armani.

okeh, berbau diskriminasi manusia sador.

tak, aku tak bahan pasal orang yang pergi gym dan buat badan. aku respect diorang dapat kekalkan disiplin dan rutin harian diorang untuk buat badan. diorang hormat diri diorang. hormat pantanglarang dalam buat badan. tak main bola takut badan jatuh, tak lepak dengan member sebab cikgu gym dah panggil, tak beli baju saiz lebih dari M. tapi soalan yang aku selalu sangat nak tanya diorang ni ialah "sebab apa?"

sebab apa korang buat badan?
sebab apa korang nak buat badan?
sebab apa korang nak lengan macam buat kelapa?
sebab apa korang nak dada macam the hulk?
sebab apa aku sibuk cakap pasal orang buat badan ni?
tajuk lain, cerita lain.

aku tak tahu kenapa aku dah makan banyak pun, kadangkadang sampai 4-5 kali sehari, tapi badan aku tak naik jugak. mungkin baka keturunan aku takde yang badan macam tayar lori kot. aku cuba nak chubby kan badan aku sikit tapi semuanya takde kesan. makan pil gemuk, makantidur 3 hari straight, makan tak baca bismillah, makan gelojoh, makan snek banyakbanyak, makan makanan berlemak dan berminyak pada pukul 12 malam lalu tidur, tapi semuanya tak berkesan.

sebab kenapa badan aku tak naik ialah aku kerap bersukan, aku kerap senaman, aku kerap jalan ke basstop, aku kerap berlari kejar bas, aku kerap kena kejar dengan anjing, aku kerap naik tangga, aku kerap berjalan.

antara sebab lain ialah girlfriend. aku tidak berkira langsung dengan girlfriend kalau mereka suruh aku belanja makan. benda merepek lain aku kurang sikit. aku suka tengok girlfriend aku makan dan aku tak mahu dia jadi kurus seperti aku. sebab aku hot kalau aku kurus. bapak kau(aku). aku akan membelanjakan wang aku dengan membeli makan. dan kalau aku makan pun, aku mahu kongsi dengan dia sebab konon sweet, padahal perut aku tengah huruhara tapi aku diam. aku akan lebihkan dia dalam bab makan. tapi kalau cheezy wedges dan kit kat, sorry dear. beli sendiri.

antara sebab yang lain jugak, pasal lebihkan dia dalam material. aku suka tengok dia pakai/ guna barangan yang aku belikan. supaya dia nampak comel. bukan sebab dressing dia tak comel, tapi nak comelkan lagi. supaya aku tak bosan tengok personaliti dia yang comel harihari. tapi hakikatnya aku comot. sebab tu ramai orang suka. bapak kau(aku) lagi.

kewangan aku tak stabil kalau ada girlfriend. aku bukan berharta macam kebanyakan lelaki(jangan perasan, bart. kita sama), mampu tampung girlfriend dan dirinya sendiri. tak kisah habiskan duit beratus ribu untuk girldriend. beli make-up baru, dress cantik, ring mahal, kasut comel, handbag warnawarni, dan pelacur. saat ni terlintas kat fikiran korang yang aku berkira. kan? elehh, dah ar. aku tau. tapi aku bukan berkira(aku tau, ayat tipikal). aku lebihkan orang, tapi diri aku yang mcm monyet. betul la dalam relationship ada understanding, sharing is cawing, i love you & you love her. tapi ada tahaptahap nya. memang perempuan tak harapkan harta benda, tapi kat dunia ni mati pun kena pakai duit. tapi bagi diorang yang mampu teruskan relationship korang walau ada krisis duit, aku hormat. korang terror. bulan depan kahwin, ye.

aku dah tak mengidam nak jadi gemuk atau sador. asalkan cukup makan diri sendiri dan lepas tambang bas, alhamdulillah. wow, 'alhamdulillah', poyo ar kau, hairi. solat pun mcm katak. tapi takpe la, aku tetap ingat masa depan, mak ayah, dan Tuhan. esok start solat. betul.

20090429

5 Minit yang Indah.


Masa aku nampak muka kau, aku terdiam sambil nganga 3-4 minit. aku suka tengok muka kau yang gebu dan rambut pendek kau yang comel berwarna merah jambu dan sedikit kusut di belakang. aku tak kisah kau ada dua bintik apa benda tah kat dada kau tapi kau tetap comel. tak, aku tak pandang buahdada kau.

cara kau bergaya sangat comel dan kau trim tempat tu. aku suka. bersih dan comel. dah lama aku cari muka macam kau. aku cuba cari kat pavilion, time square, sg. wang, klcc, one utama, curve, kadir. tapi kebanyakan yang aku jumpa kebanyakan seluar cekang, pakai tshirt polo/hackett downtown, pakai sayap, rambut highlight pelik2, make-up 3 guni, gantung slr kat leher, kemeja kotak2, dan pegang tangan dgn boyfriend. takde sorang pun yang muka dekat2 dengan kau.

dan sekarang aku dah jumpa kau, aku tak nak lepaskan kau. kau kata kau suka rambut aku, sebab tu aku simpan panjang2. kau tak nak rambut aku rosak, sanggup aku habis duit beli topi macam pekerja mcd. kau suka aku pakai tshirt, aku ada koleksi tshirt lagi banyak dari downtown cheras. kau tak suka aku pakai jeans, aku beli seluar cotton/khakis. kau minat kasut aku, oleh itu aku ada tiga kasut yang ada smiley so boleh la kasut tu senyum kat kau. kau tak suka aku banyak duit, sebab nanti kau jatuh hati kat poket aku. kau kata dada aku wangi, sebab itu aku tak pakai perfume. kau kedekut tisu, sebab kau suka pegang tangan aku yang berpeluh ni. kau suruh aku hisap rokok marlboro sebab kau suka warna merah. kecoh, rokok saat pun merah.

aku sanggup buat semua tu sebab kesukaan & kebencian kau. sebab aku suka tengok muka kau. gebu dan comel nak mati sgt. aku boleh menangis dengan hanya pandang gambar ni selama 5 minit. tapi kau sangat comel.
dulu rambut kau hitam. tapi sekarang dah tukar merah jambu. muka kau pun dah makin comel. masa kecil2 dulu aku suka kat kau dan aku pernah cakap nak kahwin dengan kau. tapi mak bapak kau tak suka sebab aku tak pakai seluar masa tu. tapi aku tak kisah. aku tak ambil hati. aku tau kau sayangkan aku. tapi aku buat2 jual mahal, sebab aku tak suka tengok kau tak pakai seluar. aku suka tengok kau tak pakai baju.

sekarang kau dah glamor. kau dah cantik dan comel. dah buat photoshooting di merata2. lebih tepat lagi kau dah jadi model. aku rasa tersisih. tapi aku yakin kau sayang aku lagi. kan?

sekarang aku ada gambar kau. aku nak tenung 5 minit lepas tu nangis. sebab kau comel nak mati. terima kasih sebab buat aku senyum, si comel binti sangat.


lihat, kami sepadan bersama =]
heeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee




p/s : aku tak kenal perempuan dalam gambar ni. aku jumpa gambar ni kat internet. tapi comel, kan?


ya, aku memang perasan. tak salah, kan. kalau korang rasa salah, sila tutup window ni dan gigit tengkuk sendiri. trmksh =]

20090424

Guli geli.

abg : dik, kok bat.
adik : tinggal satu la. nanti aku nak hisap apa?
abg : kau amik tujuh ringgit kat wallet aku, pergi beli rokok baru. yang tinggal satu ni bagi aku.

Maka berjalan la aku ke bilik sambil meraba beg duit abang aku dia atas meja kecik sebelah katil. dapat rm7, buka kunci mangga, sarung selipar, jalan pergi kedai. dalam perjalanan, aku nampak ada makcik ni dengan 2 orang anak dia. makcik ni sedang bergayut. anak dia sedang beromen. takde la. suka korang, an? anak dia sedang berlarilari. aku jalan je sebab nak beli rokok cepatcepat. dah beli rokok, nyala sebat, jalan balik. lalu depan makcik yg bergayut tadi lagi.

anak : mak, aku jumpa guli. besar tau. hahaha.
mak : jangan kacau. main jauhjauh.
anak : tengok la ni mak, aku jumpa guli. tengok la!

SELEPEKK!!

budak jumpa guli tapi kena cepuk dengan mak dia.
cuba korang teka, kenapa budak tu kena cepuk?

a. kurang ajar dengan mak dia sebab bahasakan diri dia "aku"
b. kacau mak dia bergayut
c. tak kongsi guli tu dengan beradik dia
d. mak dia memang tak suka guli












tanduk dinding, fikir..












cakar blackboard, fikir..












gigit terompah, fikir..












jawapan korang salah.










sebab guli tu sebenarnya tahi anjing.

bart sorang betul.

20090313

Galah butoh.


Aku bukan nak mencarut dalam blog aku, tapi kalau nama kawan kau Sarpukki A/L Sarawangi atau Tay Tek Chun, kau kena sebut jugak, kan?

aku nak perkenal kan kepada korang satu permainan tradisional baru. berunsur tradisional tapi rekaan baru. macam kuih bahulu dalam mesin vending air tin. mungkin korang dengar je nama ni korang rasa macam malas atau tak ambil port sangat bendabenda lama macam ni. tapi sebab kebosanan kawankawan aku dengan benda moden, permainan yang dulu nya hanya di main kan paling kerap di kampung selain sabung ayam dan judi, kini menjadi Wah! dan Uish!.

permainan ini berkonsepkan galah panjang tapi korang boleh pilih manamana garisan yang berunsur segi empat seperti galah panjang. tetapi setiap garisan mesti menyentuh setiap garisan yang ada. nanti aku bagi tau kenapa. korang boleh pilih dari court badminton, court tennis. dua tu je. sebab dua tu je court yang garisan dia bersambung dengan garisan yang ada dalam court tu. sepak takraw tak boleh sebab ada bulat kat tengah. court basketball tak boleh sebab nanti budak cina marah kau amik court diorang. keseronokan permainan ni bergantung kepada ramai mana dakdak yang kau ada. lagi ramai lagi meriah.

cara permainan ini beroperasi ialah kejar mengejar. tapi takde benda 'twit' tu, tak boleh duduk, tak boleh lari. ya, kejarkejar galah butoh ni tak boleh lari. mampos la kau berpeluh macam sazali samad ke, malik nor ke, kau kena lari jugak kalau tamoh jadi pengejar. undangundang nya:
  • pertama, korang tak boleh lari. semua tak boleh lari. kalau kau jalan macam pelari kenya tu boleh la. tu jalan laju. ni kalau berjalan tapi kaki nak kepak lebarlebar, pergi jahanam.
  • kedua, korang akan lari atas garisangarisan yang ada kat court tu. sebab tu aku cakap korang kena cari court yang garisangarisan nya bersambung dengan semua garisan yang ada. jadi, korang boleh pilih laluan yang korang mahu sambil di kejar polis. takde ar, di kejar si pengejar tu.
  • ketiga, korang tak boleh undur. korang mesti jalan kehadapan. sebaik kau pilih garisan untuk di lalui, korang tak boleh patah balik. dan jika korang tiba di simpang empat ke, tiga ke, korang tak boleh pilih laluan yang korang lalu tadi. korang mesti pilih laluan yang baru.
  • keempat, jika si pengejar tu sep kau, kau jadi la. kau pulak kejar. tapi kena tunggu semua orang ambil posisi masingmasing dulu.
begitu lah seterusnya sampai korang penat atau sampai polis datang. kerana aku pernah main permainan ni dengan kawankawan aku kat satu taman area rumah kawan aku. sebelah rumah dia betulbetul padang tapi ada court badminton. kita main pada pukul 3 atau 4 pagi macam tu, sampai ada salah satu jiran sakit hati tak dapat main sekali agaknya, telefon polis. sesampainya polis yang misai nya sumpah tebal cota, kesemua sekali dia angkut ke balai. mana ada, semua kena mintak kad pengenalan je. lepas tu mula la dia bisingbising semua.

seronok permainan ni kalau kena dengan kawankawan yang satu kepala. kepada sesiapa yang lepas baca post atau blog ni lalu meyebut "Eee, tahpape", "Okay, whateverrr", "Eleh, game bodoh", atau seantero dengannya, baik korang pergi jumpa doktor, suruh betulkan saraf sense of humour korang. kalau doktor takde, pergi hospital gila, check in. atau beli pil penaik hormon kat farmasi. sebab permainan ni betulbetul seronok. cuba lah.

20090312

Satria mamak.

Pemain bola mensepak bola kedalam jaring gol. Sorak!!!
Pemain bola mensepak bola jauh lari dari gol. Kapak!!!

Itu lah apa yang jadi sebentar tadi dan harihari perlawanan sebelum ni yang kelakar dan menghiburkan aku. semangat penyokong bola sepak kat area sini memang gempak. aku tabik semangat kental korang menyokong bola sepak kegemaran masingmasing. dan keberanian mengkritik serta mancarut korang yang cakap tak nak kuat plak. padahal aku tak faham rasional nya memaki pemain kegemaran korang sedangkan mereka tak dengar apa pun korang cakap. kebodohan melanda. bila pemain menjaringkan gol, mula lah kau menjerit pekik lolong 'gol, gol!' macam orang hilang mak. bila pemain lain raba bontot pemain kau sikit sampai jatuh, 6 kamus maki hamun kau sebut. aku tak faham konsep kritik dan puji yang korang sebut kan sepanjang perlawanan berlalu. kalau betul kau peminat setia atau orang kata kau lah penyokong paling ulung dan agung kepala hotak kau kat dunia, kenapa kau nak marah dan maki hamun diorang. korang memang tak boleh terima kesilapan sikit ke apa? kalau la diorang boleh dengar apa yang korang maki kan, aku rasa dah terbalik meja ane mamak tu pastu muka korang ada tapak kasut 8 stat.

pemain bola dia terlepas bola.
slopek : apa la kau main macam bodoh! tak reti main pergi tuisyen dulu la! kejar bola tu balik la, pondan.

pemain bola dia terjatuh.
slopek : kau melancap 7 kali sehari ke apa?! lari macam pondan baik jadi linesman la! kau nak tgk kaki aku melekat kat tengkuk kau lepas ni, kau cuba la jatuh lagi.

pemain bola dia menjaringkan gol.
slopek : you're the man! sumpah kau gempak!

kepala bapak kau.

perangai sebegini baik duduk hutan lipur ke apa sebab semangat sokongan yang naik turun begini memang kalau boleh di hapus kan kerana tiada semangat kesukanan. aku bukan presiden kelab sukan negara tetapi apa aku ingin sampai kan dalam post kali ini, bina lah semangat kesukanan walau apa pun yang di perjuangkan oleh seseorang pesukan. bukan suka hati maki hamun macam diorang tu tukang cebok kau. dari korang habis kan masa maki hamun caci maki dan tomahan cepatkilat, baik diam dan minum air korang. itu cerita pasal kejuaraan bola sepak antarabangsa. korang boleh bayangkan kajuaraan bola sepak negara yang diorang tak sokong langsung tu? aku rasa ada pemain malaysia yang kena santau.

hormat lah.

aku tak minat bola sepak.
korang kutuk sebab aku ada pendapat?
pergi mampos!