20090302

Rumah kedua semua orang.

Semua orang pernah mengalami zaman sekolah dan aku yakin itulah zaman paling huruhara dan indah dalam hidup korang, kalau korang tak buat masalah dengan kawankawan di sekolah seperti cakap busuk atau berbau peluh. buat masalah dengan cikgu tu wajib. itu lah tempat di mana korang date dengan kawankawan dari isnin sampai jumaat. di mana korang berpesta sambil pergi kantin dan toilet setiap habis satu matapelajaran. terutamanya semasa tingkatan 5.
SPM? pergi mampos.

St John Institutions, Kuala Lumpur.
motto sekolah :

5 E semasa UPSR sekolah rendah st john pun automatik diterima masuk.


ramai kawankawan aku dari sekolah rendah st john satu dan dua masih lagi di sekolah ini sehingga tingkatan 5. segelintir lagi, monyet hutan simpanan kat menara kl culik. banyak perkara yang tak dapat dilupakan semasa di tingkatan 4 dan 5. aktiviti harian, bahan orang, lari dari cikgu disiplin, langgar peraturan, pergi kantin dan toilet, lepak merata di sekolah.

aktiviti pengetua, jalanjalan sambil pegang rotan dan menyuruh sesiapa yang memegang botol air, tak kira mak kau bawakkan ke, kau beli kat makcik golem kat kantin ke, kau curi cina punya ke, si tua itu akan suruh korang buang. ya, buang. tepukan kepada si keldai tua dari sekolah jinjang. dia pelat. pelat yang pelik. macam mengunyah tahi semasa bercakap.
ayat yang ingin disampaikan, 'masukkan baju kedalam seluar'. ayat pertama yang korang akan sebut semasa si tua ini tegur korang ialah "ha?". lalu dia jalankan tanggungjawab nya, mengulang ayat pelat yang sama dan korang akan tetap "ha?". kerana apa yang korang dengar ialah 'masukkang patju kettalam swluar.' tetapi babak kegemaran aku tentang orang tua ni ialah semasa menyanyikan lagu Negaraku semasa perhimpunan. mulutnya akan terkumatkamit seperti mencarut dengan perlahan. si tua ni tak reti nyanyi lagi negaraku!! aku rasa bunyi yang dihasilkan jika microphone disodokkan ke dalam mulutnya ialah "Nerakaku, tanak sumpah ya salahku.." dan setiap hari aku akan tersenyum kerana dia cuba sorokkan ketidaktahumenyanyiannya dengan memandang kiri dan kanan.
ya, pengetuaku hot-to-go.

brother lawrence.
dia tidak bersalah tetapi aku ada satu fakta terhadap dia. dia mengambil masa setengah jam untuk berjalan pada jarak 100-150 meter. daripada korang kira pada kalkulator berapakah kelajuannya pada kilometer per jam, baik korang hayun kalkulator pada tengkuknya. jangan risau, dia akan mengambil masa 5 saat untuk toleh belakang.

penyelia tingkatan 5. ya, sesiapa yang tahu, korang mesti tersengih teringatkan punggungnya yang songsang. serius. dia lah yang selalu kejar aku dan kawankawan aku jika ternampak aku melepak bukan dikelas, iaitu di merata sekolah. kantin, au2, concourse, toilet. aku sumpah tak faham konsep bontot dia yang pelik. macam jatuh. loyot. aku tak tahu macam mana dia boleh hidup dengan bontot macam tu. nak berak, nak duduk makan, sumpah payah. bini dia doggy dia. tetapi kalau dia rotan, baik korang gigit meja ke, gigit marker ke, sebab sakit dia aku dah lupa nak rate macam mana. ekstrem. dia ada darah barbarian. dia kejam. penyeliaku sexyback. yearghh!

vijaya? kau nak aku maki apa lagi. dia umpama tong gas terbakar yang suka cari salah orang. maki hamun semua kaum padahal tak sedar hitam sambil bau mulut kau merayap di koridor ku bau. cabaran fear factor terbaru, selitkan jari anda di tengkuk vijaya. dan bau. kalau korang tak pengsan, korang kena kahwin dengan dia. tapi dia laju. jalan laju, cakap laju, rotan laju, berpeluh pun laju. dua surat amaran di layangkan di muka ku kerana rambut ku lebih panjang dari dia. duadua aku sorok dari ibuku. kasut jack purcell aku memang warna off-white (cream), dia suruh aku kapur kasi putih sebab kotor. kepala hotak kau. meh aku kapur kau satu badan, aku simen sekali, hantar batu caves, nak? letak sebelah patung emas.

makcik kantin tua yang comel dan kecik seperti golem dan pembantunya si bibik yang samseng.
si golem ni aku rasa dah nyanyuk sebab dia slow macam lawrence tapi ada hati nak kerja kat kantin. kalau rehatrehat kat rumah pegang kipas kan bagus. kawan kelas ku, irfan, menganjing si golem dengan gulagula hacks. hayati aksi nya.

irfan : eh nyonya, kasi hacks dua posen.
golem : mau belapa? dua pocen ar? (sambil seluk tin hacks lalu hulur 4 biji hacks)
irfan : eh saya kata mau tiga posen la..
golem : eh lu cakkap betoibetoi mau belapa. tadi cakkap dua pocen.. (sambil seluk lagi dua biji hacks)
irfan : eh saya nak seposen je la, buat apa banyak2 ni.
golem : lu mau beli ka tamau beli! tadi cakkap mau tega pocen sikalang saya sudah ammik annam lu mau beli sepocen sajja kannapa!
irfan : eh aku nak beli cokicoki la. kau pergi amik hacks buat apa..
golem : lu cilaka aa!! mau beli ka tamau beli cakkap betoi aa!! tadi gula wa sudah ammik sikalang mau coki, tamau beli lu belambus aa!!
irfan berjalan pergi sambil berdekik dah berbahak.

kedai nasi campur makcik hujung disinggahi lahanat dan paraok yang menyorokkan sambal kentang di bawah telur. ada yang makan dulu, bayar bila makcik tu dah pegang pisau sambil tersenyum.

pondanpondan koperasi di ngorat untuk mengalihkan perhatian mereka supaya dapat mencuri barangbarang sekolah.

tetapi sekolah ini mempunyai satu makhluk yang hebat. bermukakan babi dan berbadan anjing. ya, itu lah bajing. kuat menyalak dan lagi samseng dari rottwailer. lelehan air liur ghairah serta kaki kontot yang laju, cukup untuk menangiskan budak tingkatan 1.
bajing, hero anjing sekitar bukit nanas. awas! teng teteeeennnggg!

terlalu banyak untuk di tulis mengenai kelakuan serta perangai budak st john yang tidak senonoh. satu tahun penuh keseronokan. di situ bermulanya persahabatan yang terjalin sehingga hari ini. apa aku tulis macam gay ni. tapi apapapun, aku seronok ada kawan sebegini. kerana mereka, warnawarni hidup jadinya, porakperanda telefon aku berbunyi, kenakekah rokok aku sehingga kini, keringkontang poket ku ke cc, beranakpinak dosa ku sendiri, huruhara rambut ku kini. wah, ada rhyme kan. kawankawan serta janda ku disekolah lain, korang pun the best. walaupun ada yang cakap aku pendiam la, malumalu la, time sekolah dulu, fakof, aku dah besar sekarang. jom lawan bahan. di bawah ini kusertakan bukti perangai tak senonoh kawankawan ku.

Keputusan SPM mereka tidak melebihi 2 A.

3 comments:

  1. ahahahaha. PARKAIMUCK. sumpah kelaka sial. and agak nostalgic. shit, aku sempat sampai awal f4 je. tp bkn kena culik dgn monyet bukit nenas tu ah. semua pasal kawan yg hari ni bukan kawan aku pun. haha. putar belit. chun sial post kau kali ni. aku suka. kalau kau rasa kau gay, aku ras aku lagi gay. *apa neraka!?*

    ReplyDelete
  2. kau apahal bg comment sedih kt blog aku? gay?

    ReplyDelete