20110826

Machu picchu.

Inilah arnab aku...


































...telah idam-idamkan.

































Tapi ini arnab kesayangan aku.

Picchu






Masa aku jalan2 cari makanan, bukan cari makan, kat pasar malam lalu aku ternampak anak arnab warna kelabu tengah poco-poco. mengarut la tu. aku ternampak anak arnab warna kelabu untuk dijual. aku terus rasa tertarik sangat sebab aku dah lama tak bela binatang. pungpang2 jadi aku pun beli.

cerita panjang jadi pendek, arnab dalam gambar atas ni bukan arnab kelabu yang aku beli kat pasar malam tu. arnab atas ni arnab ke 3 yang aku beli lepas dua ekor hilang dalam masa 2 hari. aku tak tahu mana 2 ekor tu pergi. david blaine pinjam kot. arnab atas ni namanya Picchu (Pee-choo)



seminggu kemudian picchu mati.

cirit-birit.

20110824

S.M.P.


Pada satu sabtu yang hebat, aku berjalan-jalan di pusat beli-belah kat bandar. hari tu sangat panas sampai terasa nak pakai sleveless tapi tak jadi dan aku terus berlari untuk menghirup angin suci aircond dalam pusat beli-belah itu.

tapi aku terasa macam tengah melintas crowd concert never say never. semuanya sesak. ramai orang berlaga bahu dan bontot.

lepas aku cilok cermat, akhirnya aku dapat juga masuk ke dalam pusat beli-belah tu. bila aku toleh kat crowd tu balik, aku terasa macam aku ni bieber. ramainya remaja yang stylo dan funky datang concert aku. aku kagum.

sambil aku terokai pusat beli-belah tu, aku rasa makin ketinggalan zaman. aku ternampak remaja yang mungkin dari masa depan dengan shades yang liplap2 yang aku belum pernah nampak lagi. dengan fesyen mengalahkan jaafar onn dan ramlah ram, mereka lebih stylo dari j-lo. topi baju seluar canggih2, m daud kilau tengok pun boleh terus pencen jadi artis. makin lama berjalan, aku makin percaya aku dari zaman masa hang tuah sekolah rendah. rupanya DSLR tu sebenarnya rantai di masa depan. aku pun jalan cepat2 takut kena marah sebab aku tak ada rantai macam diorang. dan mereka bukan saja boleh update status kat fb, tapi kat baju pun dah boleh! weh terer weh!

aku cuba cari barang yang aku nak, tapi tak jumpa. aku sesat. aku kaget. aku lari untuk dapatkan udara air cond tadi. tapi masih pening lagi. aku lari keluar sepantas cheetah. aku sempat toleh balik pusat beli-belah tadi lalu aku terkejut besar dan terasa rasa bodoh. aku nampak di atas pusat beli-belah tu tertulis...

...sekolah menengah pavilion.



patutlah ramai budak sekolah.

20110816

Babak 1


mak: hari ni makan kat luar eh? mak malas masak. mak penat lari.

(monolog) *bila mak aku pandai berlari ni? baru nak start jogging kot. biar la.
hb: okay.


masa balik dari makan malam kat luar, duduk lepak dengan mak aku tengok tv kejap. saja nak bahan pasal habit baru dia.


hb: berapa gunung dah mak lari pecut petang tadi?

mak: bila masa mak lari pecut? nak jogging pun badan still saloma lagi.

hb: tadi kata malas masak sebab penat lari?

mak: bila masa mak cakap mak penat lari?

hb: petang tadi la masa suruh org makan luar tu gapo?

mak: mak cakap mak penat lah, ri.


keistimewaan headphone philips ialah bila dipakai, bunyi kat luar headphone hampir2 tak dengar.

macam suara gelak2 mak aku.

aman macam kat bulan.

20110815

Honey, i'm home.


Genap setahun aku stop blogging. mulai post ni aku tak nak buat post lopek2 macam aku buat tahun lepas. dan tak perlu baca post aku yang lepas2 sebab bila aku baca balik, aku geli.

sebab aku ada sedikit hipokrit masa aku buat post2 lepas tu. korang kena game. mulai post ni juga
, aku nak direct dan simple. masa korang tak bazir, peluh tangan aku tak deras mengalir. win2 situation, okay?

selamat berpuasa dan selamat berbuka. rajin2 lah singgah.

blog aku. bukan rumah.

20100723

Shizzle muh nipple.


Masa sekolah :
  • tak sabar nak habis sekolah sebab nak bela rambut macam jenglot
  • nak merasa pakai baju warna lain selain warna kain kapan
  • benci gila peperiksaan sebab buat kita baca buku yang 27 kali kita dah baca
  • berharap cepatcepat dapat pegang duit sekampit bila bekerja di pejabat nanti
  • mengikut peraturan sekolah bulatbulat macam orang bodoh
  • menangis sebab kena rotan oleh cikgu di pungkok

Masa pengajian tinggi :
  • tak sabar nak habis belajar sebab letih mengadap kelas dah
  • nak merasa pandu kereta sendiri selain komuter dan bas rapidKL
  • benci gila assessment sebab buat kita berjaga 7 hari dan menyiapkan assignment tanpa mandi dan berbau seperti zombie
  • berharap cepatcepat dapat pegang duit seguni untuk kegunaan sendiri dan bukan untuk yuran 6 semester
  • mengikut peraturan ipta/ ipts macam duduk dalam wad sakit mental
  • menyesal sebab tak masuk kelas lalu kena defer atau bar

Masa bekerja :
  • berkumpul dengan kawankawan lama dan bercerita tentang zaman persekolahan dan zaman pengajian tinggi.




A P A N E R A K A ?
what the hell?


tapi itu lah kenyataan, kan =D

20100701

Oligo sap mai tlo

Post kali ini mungkin memakan masa 2 hari untuk habis baca dan mungkin post paling panjang pernah ditulis jadi sila sediakan popcorn dan kerusi malas untuk terus membaca.

Hari tu gerak kuantan dengan budak office aku sebab kena handle booth kat jom heboh. siapa tak nak pergi dohh; dapat pergi pantai, dapat makan sedapsedap, dapat elaun. orang bodoh macam pak pandir je tamoh pergi.

part handle booth tu tak payah cerita la. bosan. aku nak cerita pasal orangorang muda kat kuantan. aku define dalam dua ayat je.

sumpah macamanjing.

malam pertama masa nak makan malam, kebetulan match brazil lawan portugal. aku sokong brazil so aku bawak la jersi brazil. malam tu tak mandi, tak gosok gigi, terus tukar baju dalam kereta masa traffic jem. semangat tak semangat ar ann.

lepas tu sampai kat satu tempat ni kononkonon macam hartamas square ar. penuh dengan budakbudak muda yang budget groovie funk cool buto. aku lupa nama tempat tu. tak silap aku hotlink square macam tu la.

sampaisampai je aku pun cari la tempat duduk sebab aku paling depan. sambilsambil aku jalan kat tengahtengah square tu cari tempat duduk nak tengok bola, aku perasan yang dekat semua orang kat situ pandang aku macam la bulu ketiak aku terkeluar dari lengan jersi aku. aku pun terus jalan je la sambil cari tempat duduk. makin lama aku jalan, makin tak selesa aku jadi. sebab diorang tak stopstop pandang. dalam hati aku macam, 'eh kimak, aku masuk kat tempat fan portugal ke apa'. sebab tak selesa sangat, aku pun terus lintas tempat tu pergi kedai sebelah.

sampai je kedai sebelah, kawan aku tibatiba cakap kat aku,

polan : kenapa semua orang kat situ pandang kau macam tu?
aku : aku tak sure. mungkin sebab aku kentut kuat sangat sampai merecikrecik kot.

tapi yang peliknya, aku tak nampak sekor pun monyet yang pakai baju portugal. aku ingatkan perangai aku ni memang kuat perasan, rupanya tak. diorang tu yang batak.







esoknya, gerak sure heboh tengahhari lepas tu terus lunch kat teluk cempedak. part ni yang aku seronok nak cerita. sebab ada pantai. haaaaaaaaaa, pantai beb. beb, pantai, beb. beb, pantai, beb. beb. beb, pantai. beb, pantai, beb. beb, pantai, beb. pantai!

sorry la, aku memang batak pantai sikit. kat KL mana ada pantai. pantit ramai ar. banyak kat changkat. try ar beli satu.

aku memang seronok gila kalau ada orang ajak aku pergi kat area pantai. seronok pe; angin kuat, langit lebar, pasir bersepah, boleh mandi laut, tangkap buaya. tak kisah la pantai mana, aku redah je.

masa kat teluk cempedak, sempat jugak aku buat bendabenda tak senonoh. macam ni ha.

mengendap orang mandi bogel

bodek anak bos mintak naik gaji

jadi orang utan jap

seronok la gila dapat bergayut kat tali ni. sumpah layan. bukan selalu dapat naik. aku seronok sangat naik benda ni sampai aku propose kat bos suruh letak tali ni sebijik dalam office. time recess boleh gayut an.

lepas makan, gerak jom heboh balik. nak kena check booth okay ke tak, ada yang koyak ke tak, ada yang pregnant ke tak. ada jugak benda tak senonoh aku buat kat sana. tak semenggah. gatal. banyak.

menyemak masa member aku nak amik gambar booth yang dia design

jumpa Picasso
(kerja mamat ni ialah membuat gambar korang
terpacul dalam template surakhabar harian metro
dan menjualnya dengan harga rm10. wtf?)

mengorat promoter Oligo

gambar sempat amik, tapi nama tak tau. pecah rahsia aku yang aku ni pemalu. hmmh.

malam tu plak masa nak dinner kat tempat ikan bakar paling loyon kat tanjung lumpur, aku ternampak scene bulan tertenggek atas laut macam cun je. aku amik camera, try tembaktembak.

tembakan pertama
(macam siang dan lancau kan?)

tembakan kedua
(masih tak cukup hebat)

tembakan ketiga
(lepas bulan menyorok dan ketiak melecet)

ha, boleh la.

sorry ye, penciplak, gambar aku memang tak lawa dan semuanya low-res. jangan mawah =]

tapi masih tak cukup lebat. kawan aku guna camera yang lain sikit tapi resultnya 200 kali lagi puas hati dari apa yang aku tembak ni. lantas membuat aku memasukkan satu lagi item dalam shopping list aku; camera power =D

20100624

Coli ketat

Dulu aku selalu tak dapat apa yang aku hajatkan sangat. bila nak dekat dapat je, ada je benda sailang. kadangkadang jauh dari dapat pun dah kena pangkah. tapi aku tak salahkan siapasiapa.

aku cuba pujuk diri aku sabar. tapi lamalama ada jugak sampai tendang pintu. lepas tu sabar balik. lepas tu tendang pintu jiran plak.

takpe, semua benda ada hikmah.

lama kelamaan, benda yang aku hajatkan duludulu, datang sikitsikit. walaupun hajat dah 3 tahun tapi sekarang baru dapat. takpe, syukur alhamdulillah.

aku usaha, usaha, usaha, usaha, usaha, ketiak dah basah dah ni, usaha, usaha, usaha, usaha, usaha, banyak plak benda yang dihajatkan dulu mencurahcurah jatuh kat kening.

mula la seronok, fikir nak tu nak ni plak.

tapi dalam banyakbanyak hajat tu banyak jugak yang aku lepaskan. nak buat macam mana, rezeki orang. takpe, pelanpelan kayuh. tak dapat yang sebijik macam apa aku hajat, dapat yang serupa pun jadi la. macam mengidam mentos tapi dapat petai.

baru la aku sedar usaha tu penting. tak kira payah mana, jangan berhenti cari usaha. air ketiak meleleh sampai peha pun usaha jugak. makin banyak korang usaha, makin cepat tangga kejayaan tu tukar jadi escalator.

masa korang pandang balik apa yang korang usahakan untuk dapatkan sesuatu, masa itu la korang nampak keupayaan diri melebihi tahap sendiri. macam video klip noh hujan masa dia tengah seronok yaw yaw check one two dulu.

motivasi penting. usaha lagi penting. so, jom berusaha.








tak lama lagi =D

20100616

Whoah?!

Aku pun terkejut jugak sebab sekarang aku dah mula suka membaca.

yang paling best skrg aku dah mula membeli buku yang aku nak baca.

siap plan 2-3 minggu sebelum nak beli.

siap mimpi pasal buku tu lagi.

dulu aku meluat tengok buku tebaltebal. aku menyampah mengadap semua perkataan dah huruf yang panjang lebar dalam buku. rasa mcm kalau aku nampak kat manamana je buku tebaltebal macam tu aku rasa nak bakar on the spot. tak kira ar kat rumah member ke kat kedai buku.

dulu kalau tengoktengok dalam kedai buku, aku tak pergi kat bahagian novelnovel yang tebal tu. aku cukup menyampah.

dulu aku suka buku yang ada gambar je. tak kira la takde tulisan langsung ke apa, asalkan ada gambar.

tapi sekarang. dah lain. hairi dah lain.

sekarang aku dah mula membaca buku tebaltebal yang aku rasa nak bakar dulu. aku dah mula seronok bermain dengan imaginasi aku yang melilau masa aku teliti setiap ayat dalam buku tu. aku selalu dengar orang cakap 'dengan membaca, kita boleh merantau ke tempat yang kita tak pernah sampai'. betul kata diorang. tapi kalau ikutkan katakata ni, memang aku takkan baca buku pasal pocong dan hantu tetek.

sekarang aku dah mula habiskan masa 20-30 minit di bahagian novel di kedai buku. aku dah mula belekbelek buku untuk tengok preview buku tu. aku dah boleh keluar duit untuk buku yang aku rasa berbaloi kalau aku beli.

antara sebabsebab kenapa aku dah mula membaca.
  • buku tu sebaris dengan peristiwa sebenar atau berdasarkan mitologi yang betul dan cerita yang terlampau fiksyen (kisah perang dunia ke 2, kisah ketuhanan greek)
  • entiti dalam cerita (elf, dwarf, hobbit, orc, sargeant john basilone, capten john miller, zeus, hades)
  • berkait dengan realiti (game, movie)
  • dapat belajar perkataan klasik/ rare/ poetic (midst, akin, albeit)
  • nampak cool dan bijak

endahkan poin terakhir tu.

apapun aku suka dengan perkembangan diri aku yang dah boleh terima benda yang pada awalnya nampak macam bodoh tapi sebenarnya banyak kelebihan. aku ni jenis ignorant sikit tapi boleh terima perubahan positif dengan baik. nak kongsi benda sikit dengan korang. buku ni best wooooo

baru baca setengah. lusa habis ar.

20100615

Badminton atas katil.




Selamat pengantin baru, din & kin (sorry aku tak tau nama bini awak yg penuh sebab kad kahwin kau aku baca depan je) 2 hari lepas kawan aku ni naik pelamin dengan mak pengantin pompan. takde la, dgn pengantin pompan. lepas ni mungkin kurang lepak dengan member sebab mesti pemikiran dah menjurus ke perihal rumah tangga. finance, rumah, kenderaan, anak, penampilan. dah takde dah bendabenda belakang kubur lagi (hehehe). hampir semua membermember rapat aku turun nak tengok gorila naik pelamin tapi ada jugak yang tak dapat atas sebabsebab yang masuk akal. setakat 'aku ada futsal doh' tu tak dapat ar. memang aku selipar pipi diorang. lepas makan kenyangkenyang, layan badminton kat rumah kawan aku plak. lepas tu tennis. lepas tu pingpong. lepas tu go kart dan rock climbing. dah byk sgt la plak. go kart dgn rock climbing tu sembang je.
kredit kepada farah nashrina, tuan punya camera. thanks, dude.


20100425

super stupid sad smiling sickness


Abaikan tajuk. aku poyopoyo je tu. apa aku nak cerita lagi penting.

semalam konvokasi semua budakbudak yang sama badge dgn aku masa intake july 2007. semua.
s, e, m, u, a.

aku seronok tengok diorang pakai baju kelawar dgn topi petak sambil bergambar dan bergaya. kat tangan diorang ada sijil bergulung warna biru yang bermakna seribu kata. eceh, mcm lirik lagu p ramlee.

aku seronok tengok semua orang yang dulu satu kelas dengan aku masa semester 1 dulu. ponteng kelas samasama, gelakkan lecturer samasama. banyak benda baik buruk jadi kat kitorang.

tapi part yang paling seronok patutnya berlaku semalam. masa semua orang naik stage untuk terima sijil. ya, bapak dan nenek serta orang gaji pun naik. gurau la. pelajar je.

aku patut datang semalam dan ada la 2-3 kerusi reserved dalam dewan tu untuk mak bonda dan papanda duduk sambil saksikan anak bongsunya yang sakai terima sijil sambil tersengih dan kalau terer sgt jatuhkan air mata.

tapi , , , maaf, kehabisan idea untuk menulis.

20100419

Kunci & Muat

Siapa yang pelik dan tak suka game, ni bukan post yg sesuai untuk di baca.






aku sebenarnya ada assignment flash nak kena buat sebab nak kena present lagi 3 hari. tapi takpe la, aku nak luang masa sikit untuk kongsi first person shooting (FPS) game yang paling bagus dari segi semua aspek yang boleh di nilai.

Call of Duty 4: Modern Warfare

di bandingkan dengan semua banyakbanyak game FPS yang aku pernah main sebelum ni macam counter-strike yang confirm ramai lelaki macam aku pernah sangap masa zaman CS ni (dulu balik sekolah kat poket ada seringgit pun sanggup jalan pergi cc sebab nak tunjuk terer), half-life, quake, left 4 dead, battlefield, medal of honor, call of duty (sebelum modern warfare ni), dan ada few yang aku tak ingat, modern warfare ni banyak kelebihan dari segi gameplay dan graphic dan lainlain. main single player sonok, main ramairamai lagi sonok.

dulu aku suka main game FPS yang world war 2 sebab aku minat sejarah WW2. dan aku suka bidang ketenteraan dari kecik lagi. tapi sejak dapat rasa senjatasenjata moden dalam modern warfare ni (d'ouh), makin sonok plak sebab siapa yang tak suka kemodenan kan? semua benda moden buat hidup kita senang dan malas.

sekarang ni aku sangat ketagih game ni untuk dimain di cc bersama dengan kawankawan ramairamai sebab ianya sonok. buat masa ni aku harap ada orang tengah buat modern warfare 2 untuk pc plak sebab untuk ps3 dah keluar. aku lagi prefer main game FPS kat pc instead of console mcm ps3 walaupun ni alasan aku takde ps3 tapi memang pc lagi best.

untuk korang yang suka FPS, aku cadangkan call of duty 4 modern warfare. sumpah menjilat lidah.

20100407

Teribut teribiut

A tribute to my favourite film.
Sukati aku ar!


Amik kau sebijik. biar menjolok mata korang. selain terlalu obses dengan pompan rambut pendek, aku juga melampau obses dengan cerita V for Vendetta sebab skripnya yang menghayun bibir. kalau korang search quotes/ skrip line dari cerita ni kat google, mesti korang toceng time tu gak.

aku sungguh berbahagia sekali pagi ni walau kelopak mata dah sampai kat celah pusat tapi aku mengada nak buat new post jugak. tapi hati suruh sambung baca novel yang baru aku dapat menggunakan kupon rm50 dari MPH bookstore sebab mewakili kolej aku hanya untuk memalukan kolej aku sebab kalah dalam satu pertandingan aneka ragam. mampos la, kalah pun dapat kupon rm50, makan free, bilik hotel support, tapi rokok je yang takde. gulung flyer, bakar. berasap gak an?

sorry eh pembacabaca blog hidup sekali ni sebab aku sedar aku dah lama tak buat new post. ya, adik beradik korang dan binatang di zoo memang tak kisah tapi aku risau sebab aku suka jaga hati orang. aku ni baik. mulut je macam kimak.

but the bottom line is, aku nak cakap yang aku buat new post ni sambil melompat dari atas almari terjun ke tilam dah golek2 masuk bawah katil. sebab.. mmh, malu la. sebab.. hehe. sebab aku sakit perut. takde ar, aku dah berak tadi. tapi sebab, hehe, saya online kat rumah. wuhahaha. yes, yes. aku tau bunyi macam "apa neraka mamat ni?", tapi aku online kat rumah la dohhh. hahaha. selama ni online kat dalam mangkuk jamban je. sebab aku kan bomoh. bomoh mana pakai internet. bomoh pakai tangkal. dia tiuptiup je kemenyan tu tapi ludah kat orang depan dia pastu dapat tau siapa yang hantar saka. get a life la, moh! haven't you heard about 'google'?

pi es, aku tengah dengar barry manilow - cant smile without you. layan dohh. rasa macam nak 5 girlfriend pastu ngorat semua budak pompan india kat blok rumah aku. slurrppp!

20100210

Alarm haram

Kering! kering!

polon: ello, hairi ar, you moleh datang kolej ini hari ka?
hairi: apa pasal?
polon: oh, you ada satu subject lagi tertinggal la
hairi: ha? you cakap i sudah habis, itu pasal bulan lepas i sudah graduate
polon: you belum habis, ada satu subject elektif kena amil. kena masuk kelas ini sem
hairi: haiya, kena masuk kelas lagi ke?
polon: kena la, ini sem last. lepas ni moleh kerja

Ayah kau negro!


pagi2 pukul 10 aku dapat call dari minah kat office kolej aku suruh aku masuk kelas balik sebab ada satu subject tertinggal. padahal bukan salah aku. diorang yang cakap semua subject aku dah amik, sebab tu aku graduated bulan 12 hari tu. tiba2 plak boleh tertinggal satu. sumpah menyirap. mengoren pun ada.

sekarang aku kena pergi kelas tiap2 khamis. nasib baik pukul 12. kalau pukul 8, kirim salam la kat lecturer cina aku tu. tapi kelas ni best. hihi. ala, gedik. sebab aku kamceng dengan lecturer aku ni. bukan sebab aku boleh saptlor dia pastu dapat markah best. sebab aku selesa ada lecturer yang tak strict sgt. nak pakai sleveless dengan selipar je pun boleh masuk kelas.

nak tak nak pun aku kena rajin2 pergi kelas sebab ni last subject aku. ada influence kat transkrip aku. so pointer musti mau atas 3 beb. maklum la, aku bukan pandai mcm korang. saja nak tengok cert aku cantik nanti. boleh frame depan rumah.

20091025

Ohehoheho


Minta maaf!

aku jadikan ayat pertama sebab aku dah lama tak update blog ni.



Sorpraisss!

apo yang sopraisnyo? haa, hari ni eden nak tolih blog guno bahaso nogori bortorabor. mampos la ekau nak baco ko nak jilat skrin ko apo lantak la asalkan ko bayongkan makcik atah ni tongah borcakop yo.

eden nak borakborak pasal sokarang ni eden tongah golakgolak macam hayina dalam lion king tu ha tak tau la konapo torlobih gulo ko apo. eden masok profile sorangsorang kawan eden kak fesbuk tu ha, eden komen apo bondo lupo la dah tuo ni. macammacam la eden komen golakgolak, maki hamun diorang.

nak tau konapo? gambo diorang satusatu kolakor nak pocah halkum eden ni golak golenggoleng kat lantei ni ha. ado yang mulot itek bagai, sonyum tak ikhlah nak tariktarik pipi tu tampor kang ha satu apo tak dapek. mekap tobal macam jakpar on dah eden tengok. ekau buek apo nak tariktarik pipi tu ekau pakai susok ko apo. ekau pose elokelok tak boleh ko? nak jugak dok kengkang pipi tu terjuloq mulot tu tak tahan eden kepak limo jo kang.

ado yang namo betol megat jadi dakhat dah konapo? dakhat tu bahaso arap ko sopanyol ko eden pun poning nak pikir. mak bapak ekau bagi namo elokelok tu lotak ajo tak boleh ko? tak femes? tak glamor? nak femes nak glamor ekau pogi bollywood tu ha ekau tokar namo jadi megatchandran ko, shah megat khan ko, ar femes la ekau nanti. femes kena kutok kat fesbuk la bahlol!

lopah tu kat wall status tu ekau lotak la bahasobahaso bodoh entah apoapo tah main sobat jo. ekau ingat ado jo orang ngomen? pergi mampoh sampai onam rayo korban pon orang golak kat ekau. toksah la ekau nak gurindam la, ayat bungobungo ekau ingat orang tak muntah ko? rosak la monitor orang tu tiaptiap hari nak hantor ko kodai basoh muntoh sondiri kak monitor tu. eh ekau bongap ko apo tulih merepekrepek, ekau tak tau malu ko apo? makan sup torompah siosio hidop ekau.

sudah la eden malas nak cakap, berboihboih mulot ni ha sapo nak lap? eden tulih lagi nanti bilo ada maso lapang macam ni ha. ni pun tongah main batu seremban apo ni eden pun konfius. apo la namo batu seremban. lotak la batu ampang ko, batu gajah ko, batu bertangkop kan elok. batu seremben konon. ptuih!

20090717

Seronok & senonoh.


Minta maaf banyakbanyak sebab aku jadi pengotor hari ni. tapi aku mesti cerita jugak kat korang.

mula dari pagipagi aku nak tunggu bas kat sebelah stesen putra pasar seni, aku nampak sorang bangla ni cantek je korek hidung depan orang ramai. sumpah samseng. yang peliknya takde orang pandang serong pun kat dia. semua macam enjoy je apa dia buat macam bangla tu tengah BJ diorang. aku dari ngantuk tibatiba macam "mak oiii, rezeki apa datang pagipagi ni, nyahhh?!". Hidung dah besar, korek punya semangat, lepas tu jentik meratarata depan kawan dia macam bagi makan kat burung.

okay fine ar kalau yang tu takde benda. dah naik bas, aku mcm biasa buatbuat tidur sebab takut ada orang tua naik, nanti aku kena pass tempat duduk kat diorang. jadi aku buatbuat tidur sampai betulbetul tertidur. memang on time aku celik mata, makcik pakai topi baseball I Love KL korek hidung right on top of my bloody head coz she's standing infront of me. apa neraka?! kalau aku nampak ada butirbutir jatuh depan mata aku, sumpah aku tanduk perut dia sampai keluar bas tak kira dia makcik ke, orang tua ke, aku tak kisah!

dah sampai kolej, aku lepak kejap kat cafe sebab aku selalu sampai awal. ada amoi cina beli paw pakai round-neck t shirt lengan pendek. ni betulbetul pendek tau. nak tau pendek mana? pendek sampai nampak bulu ketiak dia yang menjulurjulur keluar macam padi. okay, ada dua opsyen sekarang. nak semai ke, nak aku penampar dahi dia?

dah habis kelas pagi dgn tengahhari, balik naik bas. selalu aku tidur, tapi tak kali ni. macam Tuhan nak tunjuk aku sesuwatu (gedik tak ayat? hoho). bas makin penuh dengan mamat Hindon dan Hindustan. tengah cramp ramairamai, ada satu mamat bangla rambut belah tengah macam backstreet boys korek hidung lagi. yeah, bas rapidKL U88 menghala kota damansara-pasar seni memang selalu ada pesta taik hidung paling kreatif sebenarnya. dah lepas dia lepaskan nafsu hidung dia, selet plak kat TEMPAT TEKAN LOCENG BAS.

dah, ayat aku lepas noktah tadi semuanya makihamun je. korang takkan nak try baca apa aku maki.

okay. fin.

20090609

Bila nak Alt+F4?


Pagipagi lagi pukul 10 lecturer aku dah memekak macam sundal kat telefon. suruh aku ambil subjek retake yang aku fail dua sem lepas. lepas tu suruh dapatkan rm700 untuk bayar subjek retake tu dalam masam dua jam. bapak dia negro. aku nak korek celah mana.

orang pertama aku telefon, kawan aku. sebab lepas pandang abang aku terkangkang atas katil, aku dah tau jawapan apa dia bagi kalau aku kejut suruh bawak aku pergi kolej naik kereta dia. bangun pagi pergi cc macam cina bukit takpe. nak mintak tolong abang sendiri hantar pergi kolej pun macam suruh hisap telor.

set dengan kawan aku pukul 2 gerak kolej. sampai kolej, talktalk dengan lecturer aku, dapat extension untuk bayar subjek retake tu sampai hujung bulan ni. aku mesti ambil jugak subjek tu sebab kalau aku tak ambil sem ni, next sem aku tak boleh ambil lagi satu subjek. kira pre-requisite subjek la. kalau kau tak lepas subjek ni, kau tak boleh ambil subjek tu episod 2.

okay, settle. lepas ni aku nak pakai coli dengan hot pants, gerak chow kit pukul 1-2 pagi. tahan dinding. jom?

lepak dengan kawan bi-sex aku kat area office sebab lepas tu aku kena buat kerja part-time aku kat office. ada client tembel nak ammend benda lagi. saja nak memantatkan kerja aku lambatlambat. kalau sekali brief lepas tu tak payah ubahubah lagi boleh tak? penat la bodoh tekan mouse banyakbanyak kali.

sekarang rutin aku harihari ialah pelajar siang dan pekerja malam. sematamata nak mencari duit untuk joli hujung minggu. kalau aku ada duit, aku happy. rokok tak payah risau, topup bilabila pun boleh, makan mewah, belanja kawankawan perempuan, comolot dalam movie, balik kantoi lovebite dengan mami. hahaha. padan muka kau, bart. siapa suruh romenromen dalam movie. lukenabebbb. whoahhh. rempit huruhara sangat kenapa aku ni.

okeh, aku banyak duit sekarang. cukup untuk open bottle sabtu ni kat kraven. orang melayu panggil kadir. jom mabuk nasi koboi ramairamai.

pokpokpokpokher face poke her face. lady gaga you're sexy as a donkey. i wanna donkie your nose. ada pondan dari kelas tingkatan 5 kata lady gaga sexy. dasar khunsah. cuba kau sebut lady gaga sexy sambil hirup muntah unta. kau akan jadi macam khunsah kat kolej aku yang cuba nak ninjitsu aku masa pakai skirt. masa tu baru aku nampak dia lilit telor dia kat peha. ikat riben. ada key chain hello kitty sekali. pakai bikini kat sunway tapi halkum besar penumbuk tu nak sorok mana?

ni gambar lady gaga sebelum jadi lady gaga.

masa ni nama dia lady gagah.



okeh, korang tekan shift key 5 kali kat keyboard korang sekarang lajulaju.









sekarang!



















satu window akan muncul mengatakan "Sticky Keys". dah, lepas ni jangan lekat tahi hidung di situ lagi. microsoft boleh detect.

amaran, jangan tulis blog kalau korang ada kelas dalam masa 3 jam lagi di waktu pagi dan tak boleh nak tidur. nanti entri korang akan jadi seperti ini.

20090527

Girlfriend ku si hitam legam.

Ke hadapan adinda ku yang hitam,

pertama-tama sekali kanda ingin mengucapkan "butoh" yang teramat kerana kanda sudah sengsara sekian lama semasa menantikan kemunculan dinda ke dalam hidup kanda. sebab dinda lah kanda makan maggi harihari kat office, kanda terpaksa pao rokok dari kawan kanda, kanda tak keluar berjalanjalan macam kawan kanda, semua sebab satu sebab; kanda ingin mengumpul duit demi kedatangan dinda. akan tetapi kanda tak kisah buat semua tu sebab kanda cintakan dinda macam nak mampos dan kanda super gembira dinda akhirnya akan berada dalam dakapan bulu dada kanda. oh, dindakujandaanakdua!

dua minggu kanda tunggu dinda. dua minggu tangan kanda basah tak stopstop. kanda resah, kanda gembira, kanda tak sabar menunggukan kemunculan adinda. makan mandi lintangpukang sebab fikirkan dinda. kanda tidur lambat, kanda jadi antisosial, kanda rompak kedai (takde la, kanda main2 sahaja), sebab memikirkan tentang adindaku yang hitam berkilat.

dua minggu berlalu, akhirnya kawan dinda kata dinda dah sampai. malam itu juga kanda curi basikal nyonya sebelah rumah dan bergegas ke tempat adinda berada. sesampainya di sana lalu kanda memeluk dan mencium perut dinda tanpa ada orang marah pun. dinda ku yang montok di dalam genggaman ku! akhirnya! whoahhh!

kanda sudah memikirkan tentang apa yang akan kanda belikan dinda. thong warna putih, baju hitam, macammacam la. memandangkan dinda akan bersama kanda selamanya. tidur dengan kanda atas katil kanda, guling2 bersama. tak kisah siang malam bersama, asalkan dapat meramas dan meraba dinda. potongan badan dinda yang menawan dan lagi hebat dari saloma membuatkan kanda sangat giur dan sanggup menganga seharian. leher dinda yang panjang, sangat mengundang lovebite yang beribu. empat puting dinda yang boleh dipusing menaikkan syahwat kanda. oh, kanda tak tahan lagi la dinda! come on, baybehhh! saptlor!

dinda janji dinda akan sehidup semati dengan kanda, okay? kanda sayang dinda. dinda sayang kanda? kanda lagi sayang dinda, dinda tau tak, dinda? alolo, dinda ku janda berhias. mana ada, kan? dinda virgin lagi kan? first hand kan? alolo, muah besar, muah kecil, hug besar, muah besar, hug kecil. kli,kli,kli,kli. aik, geli? alololo. dinda ni shot, eh? makan penampar nak?



dinda, sepanjang kita bersama, tak ada satu pun gambar kita berdua. dalam blog kanda ini kanda nak tunjuk dinda tak pakai baju cuma pakai thong putih je kat orang, okay? dinda jangan malu tau. takpe, kanda tutup mata.


ini lah saat bahagia kita berduaaa. wooooo!!
(adinda ku bukan berbaju biru)

kandinda =]

kandinda lagi =]

peringatan keras :
ini bukan gambar market.


dinda ku, kau teristimewa. tapi sayang, dinda tetek tiada.

nama adinda ku yang tersayang ialah Juno. bapak dia mix jepun, mak dia benggali.

20090512

Hyper hydrosis

Definisi : sindrom cepat berpeluh.

Aku mengalami sindrom ini dari bapak kau. mainmain je. dari bapak aku.

semasa aku kecil aku pelik kenapa semasa bapak aku di rumah, dia akan membawa sapu tangan ke hulur ke hilir. dia lap air liurnya ke? dia lap hingusnya ke? dia lap keningnya ke? aku berasa sangat geram tapi aku tidak bertanya. aku berlagak poyo untuk cuba mengetahui sendiri penyakit apakah yang membawa sapu tangan ke hulu hilir. selama seminggu aku perhatikan gerakgeri bapak aku sekitar rumah. masa berak tak la.

ada satu masa dia keluar untuk menjemput mak aku di tempat kerjanya. dia tinggalkan sapu tangan yang selalu di pegangnya. tapi bawa sapu tangan baru. lantak la.

aku periksa sapu tangan yang dia tinggal kan di dapur. basah!

aku perah, tak menitik.


aku hidu, tak ada bau.

aku jilat, mana ada, tipu je.

baru aku tahu yang sebenarnya tapak tangan bapak aku cepat berpeluh. aku mula faham dan aku tak bertanyakan apa pun kepada dia. dan sejak hari tu, aku perasan yang kakak dan abang aku pun ada penyakit sama. tapi tak teruk sangat. cuma peluh biasa.

sambil aku meningkat usia, aku perasan yang aku pun ada penyakit yang sama. aku cuak. aku takut. aku tamoh mati awal. aku tamoh makan, mandi dan berak di hospital. satu hari semasa mencari vcd lucah pakcik aku yang dia sorok di stor, aku tergerak untuk membaca satu suratkhabar bahagian kesihatan.

Sindrom Hyper Hydrosis.

tajuk suratkhabar muka depan. berserta gambar tangan dan kaki. yang basah.

aku mula membaca dari huruf pertama sampai noktah terakhir.

aku mula faham tentang penyakit yang bapak aku turunkan kat anakanak nya. ianya bukan penyakit. cuma sindrom. tak mati. tak payah check in hospital. tak payah makan jamu. aku berasa lega. lepas buang air kecil. aku mula biasakan diri dengan sindrom ini. masa itu aku mula teringat balik kenapa waktu aku menulis karangan, kertas kajang beralun. kenapa tisu yang aku genggam boleh jadi basah. kenapa tangan aku melekit bila tengahhari.

aku tak menganggap sindrom ini sebagai beban atau masalah. tapi aku selesa, dan merasakan aku macam the flash. aku istimewa. aku bukan freak. the flash lari laju, tapi aku berpeluh laju di tangan.

tapi aku rasa kurang keyakinan bila bergaul dengan orang. aku takut orang tak suka orang yang tangan berpeluh. "spesis apa kau ni?". ayat yang biasa aku dengar, tapi aku balas dengan senyuman. orang kata peluh ni busuk, kepam, masam. tapi aku bukan begitu. tangan aku tak busuk walaupun berpeluh sangat sampai boleh penuhkan satu gelas. aku tetap jaga kebersihan. aku wangi. aku hot. lebih2 plak.

ya, tangan dan kaki aku cepat berpeluh. kalau korang rasa aku pelik, silakan. kalau nak minum penampar. aku normal la bodoh!

dan ya, tangan aku berpeluh semasa menaip entri ini. hee =]

20090502

Keanpa aku kruus.


Otak korang berjenis normal jika dapat membaca tajuk post dan ayat di bawah ini:

"Syaa soernag ynag mupeynai lbeih drai stau kmualean. syaa bloeh mkealet di dnidnig sbimal mlajneit tmuit kkai sneidri dan tngaan ynag skua mrabea phea wintaa tua wualuupn syaa mmupyenai dua jtninaa."

okeh, aku rasa korang tak normal sekarang.

aku nak cerita kenapa aku kurus sebab aku penat dengar orang
bercakap macam tak pernah tengok manusia yang lagi kurus dari aku di afghan, iraq, dan ampang. tapi mungkin sebabsebab yang logik juga. antaranya, aku tak buat badan, aku tak makan whey, aku tak pergi gym tiga kali seminggu, aku tak makan indomie double selalu, aku tak minum soyapisang harihari, aku tak pakai baju ketat kat lengan, aku tak lepak dengan bradorbrador yang sador, aku tak pakai baju armani.

okeh, berbau diskriminasi manusia sador.

tak, aku tak bahan pasal orang yang pergi gym dan buat badan. aku respect diorang dapat kekalkan disiplin dan rutin harian diorang untuk buat badan. diorang hormat diri diorang. hormat pantanglarang dalam buat badan. tak main bola takut badan jatuh, tak lepak dengan member sebab cikgu gym dah panggil, tak beli baju saiz lebih dari M. tapi soalan yang aku selalu sangat nak tanya diorang ni ialah "sebab apa?"

sebab apa korang buat badan?
sebab apa korang nak buat badan?
sebab apa korang nak lengan macam buat kelapa?
sebab apa korang nak dada macam the hulk?
sebab apa aku sibuk cakap pasal orang buat badan ni?
tajuk lain, cerita lain.

aku tak tahu kenapa aku dah makan banyak pun, kadangkadang sampai 4-5 kali sehari, tapi badan aku tak naik jugak. mungkin baka keturunan aku takde yang badan macam tayar lori kot. aku cuba nak chubby kan badan aku sikit tapi semuanya takde kesan. makan pil gemuk, makantidur 3 hari straight, makan tak baca bismillah, makan gelojoh, makan snek banyakbanyak, makan makanan berlemak dan berminyak pada pukul 12 malam lalu tidur, tapi semuanya tak berkesan.

sebab kenapa badan aku tak naik ialah aku kerap bersukan, aku kerap senaman, aku kerap jalan ke basstop, aku kerap berlari kejar bas, aku kerap kena kejar dengan anjing, aku kerap naik tangga, aku kerap berjalan.

antara sebab lain ialah girlfriend. aku tidak berkira langsung dengan girlfriend kalau mereka suruh aku belanja makan. benda merepek lain aku kurang sikit. aku suka tengok girlfriend aku makan dan aku tak mahu dia jadi kurus seperti aku. sebab aku hot kalau aku kurus. bapak kau(aku). aku akan membelanjakan wang aku dengan membeli makan. dan kalau aku makan pun, aku mahu kongsi dengan dia sebab konon sweet, padahal perut aku tengah huruhara tapi aku diam. aku akan lebihkan dia dalam bab makan. tapi kalau cheezy wedges dan kit kat, sorry dear. beli sendiri.

antara sebab yang lain jugak, pasal lebihkan dia dalam material. aku suka tengok dia pakai/ guna barangan yang aku belikan. supaya dia nampak comel. bukan sebab dressing dia tak comel, tapi nak comelkan lagi. supaya aku tak bosan tengok personaliti dia yang comel harihari. tapi hakikatnya aku comot. sebab tu ramai orang suka. bapak kau(aku) lagi.

kewangan aku tak stabil kalau ada girlfriend. aku bukan berharta macam kebanyakan lelaki(jangan perasan, bart. kita sama), mampu tampung girlfriend dan dirinya sendiri. tak kisah habiskan duit beratus ribu untuk girldriend. beli make-up baru, dress cantik, ring mahal, kasut comel, handbag warnawarni, dan pelacur. saat ni terlintas kat fikiran korang yang aku berkira. kan? elehh, dah ar. aku tau. tapi aku bukan berkira(aku tau, ayat tipikal). aku lebihkan orang, tapi diri aku yang mcm monyet. betul la dalam relationship ada understanding, sharing is cawing, i love you & you love her. tapi ada tahaptahap nya. memang perempuan tak harapkan harta benda, tapi kat dunia ni mati pun kena pakai duit. tapi bagi diorang yang mampu teruskan relationship korang walau ada krisis duit, aku hormat. korang terror. bulan depan kahwin, ye.

aku dah tak mengidam nak jadi gemuk atau sador. asalkan cukup makan diri sendiri dan lepas tambang bas, alhamdulillah. wow, 'alhamdulillah', poyo ar kau, hairi. solat pun mcm katak. tapi takpe la, aku tetap ingat masa depan, mak ayah, dan Tuhan. esok start solat. betul.

20090429

5 Minit yang Indah.


Masa aku nampak muka kau, aku terdiam sambil nganga 3-4 minit. aku suka tengok muka kau yang gebu dan rambut pendek kau yang comel berwarna merah jambu dan sedikit kusut di belakang. aku tak kisah kau ada dua bintik apa benda tah kat dada kau tapi kau tetap comel. tak, aku tak pandang buahdada kau.

cara kau bergaya sangat comel dan kau trim tempat tu. aku suka. bersih dan comel. dah lama aku cari muka macam kau. aku cuba cari kat pavilion, time square, sg. wang, klcc, one utama, curve, kadir. tapi kebanyakan yang aku jumpa kebanyakan seluar cekang, pakai tshirt polo/hackett downtown, pakai sayap, rambut highlight pelik2, make-up 3 guni, gantung slr kat leher, kemeja kotak2, dan pegang tangan dgn boyfriend. takde sorang pun yang muka dekat2 dengan kau.

dan sekarang aku dah jumpa kau, aku tak nak lepaskan kau. kau kata kau suka rambut aku, sebab tu aku simpan panjang2. kau tak nak rambut aku rosak, sanggup aku habis duit beli topi macam pekerja mcd. kau suka aku pakai tshirt, aku ada koleksi tshirt lagi banyak dari downtown cheras. kau tak suka aku pakai jeans, aku beli seluar cotton/khakis. kau minat kasut aku, oleh itu aku ada tiga kasut yang ada smiley so boleh la kasut tu senyum kat kau. kau tak suka aku banyak duit, sebab nanti kau jatuh hati kat poket aku. kau kata dada aku wangi, sebab itu aku tak pakai perfume. kau kedekut tisu, sebab kau suka pegang tangan aku yang berpeluh ni. kau suruh aku hisap rokok marlboro sebab kau suka warna merah. kecoh, rokok saat pun merah.

aku sanggup buat semua tu sebab kesukaan & kebencian kau. sebab aku suka tengok muka kau. gebu dan comel nak mati sgt. aku boleh menangis dengan hanya pandang gambar ni selama 5 minit. tapi kau sangat comel.
dulu rambut kau hitam. tapi sekarang dah tukar merah jambu. muka kau pun dah makin comel. masa kecil2 dulu aku suka kat kau dan aku pernah cakap nak kahwin dengan kau. tapi mak bapak kau tak suka sebab aku tak pakai seluar masa tu. tapi aku tak kisah. aku tak ambil hati. aku tau kau sayangkan aku. tapi aku buat2 jual mahal, sebab aku tak suka tengok kau tak pakai seluar. aku suka tengok kau tak pakai baju.

sekarang kau dah glamor. kau dah cantik dan comel. dah buat photoshooting di merata2. lebih tepat lagi kau dah jadi model. aku rasa tersisih. tapi aku yakin kau sayang aku lagi. kan?

sekarang aku ada gambar kau. aku nak tenung 5 minit lepas tu nangis. sebab kau comel nak mati. terima kasih sebab buat aku senyum, si comel binti sangat.


lihat, kami sepadan bersama =]
heeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee




p/s : aku tak kenal perempuan dalam gambar ni. aku jumpa gambar ni kat internet. tapi comel, kan?


ya, aku memang perasan. tak salah, kan. kalau korang rasa salah, sila tutup window ni dan gigit tengkuk sendiri. trmksh =]